Thursday, February 2, 2012

Duit Nuffnang untuk bercuti dengan beli produk penjagaan diri dan wajah- The Body shop & Shampoo Himalaya forever

Sebelum aku pok pek pok pek dengan panjang lebar , aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pengiklan yang berminat banget ngan blog sengal ni. Iklan oh iklan kau begitu berharga buat masa sekarang ni, iklan banyak bermakna duit banyak, duit banyak boleh aku makan angin sambil membeli belah dihari raya nanti : )

Duit Nuffnang aku hanya untuk bercuti ngan  beli produk penjagaan diri dan wajah, itu janjiku. kui kui kui . Wahai wanita sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu kerana dirimu begitu berharga. bling bling bling

Demi menghargai diri sendiri, bulan lepas aku beli produk penjagaan wajah the body shop, risaulah kulit muka aku nampak kusam ,jeragat dah mula timbul, takut dibiarkan makin melarat plak. Sapa lagi  nak manjakan diri kita kalau tak kita sendiri, ye dak.Adakah faktor umur menyebabkan pigmentasi dan jeragat timbul kat muka kita? sapa tahu sila jawab .


Aku ni boleh dikategorikan sebagai penguna tegar   produk  body shop, aku suka produk body shop sebab kebanyakkan produknya  terdiri  dari bahan organic .





Dorang syorkan aku ambik set shiso untuk kurangkan  pigmentasi dan jeragat.



first sekali cuci wajah mengunakan shiso foaming facial wash - pencuci muka ni berbuih



Selepas tu Titiskan essence 1 ke kapas muka, kemudian sapukan ke seluruh wajah .



letakkan sedikit whitening serum di tangan kemudian sapu di seluruh wajah.



Akhir sekali sapu ke seluruh wajah ngan shiso whitening moisture milk. Set ni untuk kegunaan pagi dan malam.

Untuk penjagaan rambut aku guna Anti Hair Fall shampoo Himalaya Herbals, ini pun yuyi yang cadangkan. Dah dua 1 1/2 botol aku guna, kelemumur hilang rambut pun dah tak gugur , InsyaAllah lah elok, kalau korang nak cuba , silakan mana tau sesuai ngan rambut korang.









okeylah wa cau dulu , chayanun alif muka cam biskut  ibu dalam pantang makan tu dah dekat 5 6 kali keluar masuk, scary makkkkk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina