Wednesday, February 15, 2012

Matematik & Oven dengan anda

Aku nak cite pasal oven, sabab dalam komen hari tu, Fara ada tanya pasal oven. Oven pertama aku jenama khind, harganya RM150, bertahan hampir 10 tahun , oven tu sampai sekarang masih boleh digunakan. Tahun lepas suami belikan oven jenama butterfly mengantikan yang lama, gara -gara kasihan ngan aku  terpaksa ambik masa lama nak bakar biskut dari satu adunan ke satu adunan. Harga oven  kurang pasti , seingat aku ianya tak mencicah RM1,000.InsyaAllah Fara ,harganya mampu beli.

,Oven butterfly, ini je yang termampu : )

Okeylah , beralih kepada cerita matematik, subjek yang paling aku minat masa sekolah dulu dan hingga sekarang ni. Pada aku matematik ni boleh buat otak kita sentiasa berkembang dan aktif. Kalau boleh setiap hari atau bila ada masa terluang kita kena galakkan anak -anak kita buat latihan matematik supaya tak lupa matematik ni..........seronok bila setiap kali anak -anak kita buat latihan matematik , dia dapat jawapan yang betul...........muka dia ceria je.

Kalau salah kira , siaplah aku suruh dia kira semula sampai betul, masa tu mulalah aku tenyeh tenyeh doh, geram punya pasal . Itulah kelebihannya mengajar anak sambil membakar biskut, tujuannya bila anda marah anak anda kerana soalan yang diberi tak dapat jawapan yang betul, masa tu anda boleh melepaskan kemarahan dengan menenyeh -nenyeh, mengcengkam doh tu ngan sepuas  hati tanpa mencederakan badan , hati mahupun perasaan anak anda. kah kah kah kah

Berbalik pada cerita Firdaus, Malam tadi dia ingat aku sibuk membaking , dia boleh terlepas dari buat latihan matematik, dia silap masa tengah membaking pun aku masih boleh mengajar. kah kah zalimkan aku. Aku dah pesan dia banyak kali, subject lain dia boleh buat-buat lupa, kalau matematik setiap hari kena buat latihan .

Matematik ni subjek yang kita perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Matematik ni seronok bila kita minat dan mula mengusai, kita puas hati dan gembira bila kita berjaya selesaikan masalah matematik . Selain kerap buat latihan matematik, kita kena fokus dan beri tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas, sekiranya tak faham kena rajin bertanya .

Muka tension tu tengah menyelesaikan masalah matematik : ), cookies yang disebelah bekas pensil kaler biru tu ,membuktikan aku membaking sambil mengajar Firdaus matematik. korang rasa , aku ibu mithali ke atau mak tiri bawang merah?

Dalam minggu ni, dah masuk kali kedua aku membaking Chocolate chip cookies ni, baking yang hari tu dapat 2 botol, sebotol suami aku bawak pegi memancing, yang sebotol lagi dah yilek. Itu yang malam tadi gigih membaking tuk satu adun cookies.

Sila abaikan jejari runcingku.(jejari je runcing, badan nalar)...................beri tumpuan pada cookies yang sedap dan ranggup tu je.Chocolate chip cokies ni tetap spesis kedekut chocolate chip. Mak tak kisah dicop kedekut, cookies yang kedekut chocolate chip ni lah suami aku dah sebat sampai dua botol. sabau jelah.........nak wat cam mana, suami aku seleranya lebih kepada kudap -kudapan dari nasi.







Okeylah jumpa lagi dilain hari dan waktu. Matematik dan anda,, anda dan matematik berkait rapat, ye dak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina