Tuesday, February 14, 2012

Pusat hiburan dan pusat pusat yang seumpama dengannya

Muka simpati mintak beli piano, bajet mak dia datin, tak pun puan sri

Firdaus suka menyanyi dan menari. Dia pantang dengar lagu, dia ikut menyanyi, dia cepat hafal lagu, tak kira samaada lagu omputih atau melayu. Aku dengar dia menyanyi, aku tau dia boleh menyanyi, menari pun ligat. Malam tadi tengah aku  duk lepak  depan tv , dia tunjuk  gambar piano, dia cakap ngan aku "kalau rumah kita  besar, bolehlah beli piono, Firdaus suka". Kebetulan plak masa tu tv 8  tayang cite omputih , scene sorang budak sedang main piono. Aku gagahkan diri mengukir senyuman untuk sedapkan hati Firdaus. Kata dalam hatiku "oiii sayang ingat rega piona tu 20 sen ke." Jangan risau, mana tau satu hari nanti ada rezeki , InsyaAllah kita beli piono, tak dapat beli yang besar , original, piono mainan kat giant pun boleh ye.kah kah kah


Yuyi plak pada aku dia pandai menari , menyanyi kurang sikit. Aku suka tengok dia menari. Menari ngan dia tak dapat dipisahkan lagi .kah kah kah .Setahu aku yuyi ni minat dua bidang je, bidang hiburan ngan penjagaan kanak-kanak. Pernahlah satu hari tu dia bagi hint hint kat aku , satu hari nanti dia berhasrat nak bukak  pusat hiburan. Cis kalau berani cubalah, aku membantah sekeras-kerasnya hasrat yuyi itu. Aku bagitau  dia, aku ada alasan dan sebab tersendiri mengapa aku membantah . Nampak cam dia paham, sebab dia angguk-angguk kepala. Mudah-mudahan dia faham maksud aku yang tersirat dibalik tersurat.............InsyaAllah



Jumpa lagi dilain hari dan waktu, InsyaAllah.........................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina