Tuesday, March 13, 2012

Birthday party-The body shop

Salam kengkawan,

Apa khabar? Harap-harap semuanya sihat walafiat ye. Dalam beberapa hari ni aku tak berapa sihat jadi aku jaranglah berkunjung ke blog korang semua. Petang semalam lepas balik keja aku buat apa yang patut,aku  makan ubat lepas tu  terus tidur, nak bukak komputer pun dah tak larat . Semalam masa kat opis seharian aku tak bukak komputer, entah kenapa mata aku ni pedih semacam bila duk depan komputer terlalu lama. Sejak umur dah semakin meningkat ni, ada je penyakit yang singgah.Blog ni aku boleh ibaratkan nak ditelan pahit dibuang sayang , serba salah dibuatnya, bila memandang kesihatan yang tak berapa nak baik ni, nak je aku stop berblog , tak de pun aku ingatkan nak tutup kotak komen. Aku tengah bagi diri sendiri peluang untuk berfikir jalan yang terbaek demi masa depan blog ni.

Kita beralih pada kisah aku plak, besday aku bulan ni ,
Terkejut aku, hari sabtu lepas yuyi  datang hulur  hadiah, aku ingatkan yuyi dah lupa tarikh besday aku. Sekiranya dia lupa pun, aku tak kecik hati, aku pun tak pernahlah nak ingatkan dia setiap kali tarikh tu sampai.  Sepanjang hidup aku memang tak pernah lagi aku celebrate besday sesiapa waima  family sendiri.Dulu kehidupan aku susah, mana ada masa nak fikir celebrate besday besday ni.Bila yuyi keja , dah ada pendapatan sendiri, start dari tu setiap kali besday ahli keluarga dia akan bagi hadiah.Satu yang aku tak berkenan ngan perangai yuyi ni , beli barang tuk adik beradik tak berkira, untuk diri sendiri kemain kedekut .Sampai aku naik malu tepek gambar dia kat blog ni , segan , mana tau ada pembaca yang terperasan, dia pakai baju yang sama setiap kali muncul kat sini. .

Bila diamat-amati perangai dia tu habis sebijik cam aku.
Dulu masa anak-anak aku kecik , ada beberapa kerat individu soksek soksek, kata dorang aku penat cari duit, tapi tak nampak pun aku shopping untuk diri sendiri.Aku adalah aku, keperluan keluarga sering aku utamakan,  keperluan diri sendiri last last baru aku fikir, Cakap-cakap orang ni aku tak suka nak pikir. Aku suka nak bagitau , sebenarnya kita tak boleh paksa orang lain untuk mengikut kehendak serta tingkah laku kita matik la kalau kita nak orang ikut segala tindak tanduk kita dan jadi seperti diri kita 100%. Sekiranya  mengutamakan keperluan keluarga, boleh membuatkan diri aku bahagia dan tenang , kenapa perlu aku pedulik soksek soksek individu yang tak pernah rasa bahgia bila nampak orang lain bahgia.




Baju yang dia pakai ni , aku rasa dah dekat nak 5-6 kali keluar kat blog aku. kui kui kui. Masa dia hantar hadiah aku tu, dia ngan gula-gula hacks tidur rumah sekali , tengahari tu aku masakkan dorang ikan  & ayam rosemary & terung sambal..-, pagi ahad sebelum dia balik aku masakkan dorang   nasi lemak. 


yuyi , terima kasih daun keladi, lenkali bagi  lagi ye : ).



Dia macam tahu -tahu je aku kehabisan  bedak ,  eye shadow   aku kurang pakai. Mahu setahun aku tak payah beli bedak cam ni, jimat sikit duit.


Yuyi  ingat aku ni terlebih -lebih  masa sampai boleh melulur badan bagai. Alangkah bestnya kalau ada menyentalkan badan macam kat SPA tu : )



Puaslah mandi lepas ni.................






Banyak lagi benda aku nak cite kat sini, tapi memandangkan aku kurang sihat, aku mengambil keputusan untuk mengundur  diri buat sementara waktu, dilain hari waktu kita jumpa lagi ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina