Saturday, March 24, 2012

Cite detik 12 malam- Penerbit Sarimah Ahmad

Jenab dah buang tebiat tengah malam buta boleh plak nak update blog. korang tenang ye, jenab boring ni, tak de teman borak.kah kah kah korang plak jadi mangsa kena layan aku tengah tengah malam buta ni.weii korang pernah tengok filem Detik 12 malam tak? filem tahun 1979 penerbitnya Sarimah Ahmad. Pada aku filem tu best sangat , walaupun tu bukan filem genre seram  aku tetap anggap filem tu seram. Aku rasa seram sangat adegan  bila setiap  kali  jarum jam berdetik ke pukul 12 malam muncul pelakon tua  berwajah seram , maaflah aku dah tak ingat nama pelakon tu. Ada satu lagi adegan yang aku tak boleh lupa , bila  skirt normala omar terselak ditiup angin , masa tu dia selim melim lagi . Best gak sesekali nengok filem tahun 70an ngan 80an, boleh buat otak jadi fresh #teringatikanflowerhorn

Sekianlah penerangan panjang lebar mengenai filem detik 12 malam #bajetpakraisyatim , sekarang ni kita masuk ke bab juadah makan malam kita orang malam tadi, cam biasalah malam sabtu adalah malam yang paling aku malas dari segala malam yang lain . Bertambahlah aku malas masak bila suami mencadangkan  aku masak maggi buh banyak sayur.merdekaaaa  kwang kwang kwang 




masakan orang malas semestinya maggi , cepat dimasa sedap dimakan, mak kawan datang nak makan , nampak tak di situ aku bagi pakej sekali ngan iklan maggi.


chopstick ngan suami aku tak dapat dipisahkan, chayanunlif lah katakan.

Budak-budak kalau dapat makan maggi, senyum sampai ke pangkal telinga : )



kengkawan, selamat berhujung minggu bersama family tercinta, dengan ucapan, masaklah maggi sebulan sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina