Friday, March 23, 2012

Dari stesen komuter ke klinik Kesihatan-kenapa pagar stesen komuter dipotong?

menjawab soalan dari blogger , cik ina tak larat nak naik tangga dik, terutama masa lutut ada masalah tak pun masa tu kurang sihat. kwang kwang kwang kwang . Cite hari ni berkisar kepada jejantas penjalan kaki stesen komuter yang ada kat Malaysia ni. Mari kita bincangkan bersama-sama demi mendapatkan jenjantas penjalan kaki bereskalator dan berhawa dingin , ye ke dapat .kwang kwang kwang. PM tak kan KL sentral je ada eskalator, ye ke KL sentral ada eskalator , aku main petik je ni. #bajetwakilrakyat.

Nampak tak betapa tingginya jenjantas laluan penjalan kaki tu :( time memon kepala lutut sakit ,mengigil nak sampai ke anak tangga paling atas , memon bila turun tangga laju gila, dah terpaksa nak buat cam mana, redah jelah, bukan redho ye : ). Apa yang memon geramkan tu , masa memon dipertengahan anak tangga, komuter memon tak moh tunggu walaupun seminit, depa pegi cam tu je tanpa ada perasaan bersalah. Tak tahu nak cakap cam mana perasaan memon pada masa tu, rasa cam nak pijak drebar komuter tu pun ada, memon letak tangan kat dada, mata pandang kat atas, memon banyakkan istighfar dalam hati #bajetbaiklahsangat. Apalah salahnya drebar tu  tunggu sekejap, bukan jauh pun adalah tak sampai 2 meter, pernah kekadang tu memon dah dekat nak sampai pintu komuter, depa cam tak de hati dan perasaan tutup pintu komuter, terus jalan cam tu je. Memang terkulat-kulatlah Memon antara percaya ngan idak , melihat komuter jauh pergi iiiiiii .#pentipusangat.




Cuba bayangkan yang menuruni anak tangga tu orang tua lingkungan umur 50 tahun ke atas, bermasalah pada kaki dan lutut. Eskalator diperlukan sangat pada masa ni, PM tolong dengar luahan hati kami . luahan KAMI tak mewakili suara rakyak Malaysia keseluruhanya . kah kah kah #bajetwakilrakyat



Nampak sihat plak muka orang tua lingkungan umur 50 an ni bila sampai ke anak tangga paling bawah . hua hua hua


Nampak tak di situ orang tua sedang membeli tiket komuter, orang tua tu kena tiket separuh harga , 50 sen je.


Kawasan berhampiran ngan stesen komuter

Maaflah duit tabung masih belum mencukupi nak beli kamera DSLR,nampak tak budak sekolah yang naik basikal melintas landasan keretapi tu, perlakuan dorang tu nampak sangat cam tak sayangkan nyawa sendiri . Aku tak suka nak komen lebih-lebih perkara cam ni, sebab aku tak berada kat tempat dorang, misalnya aku berada kat tempat dorang , aku pun akan buat perkara yang sama, tinggi weiiii jenjantas penjalan kaki stesen komuter tu. larikkkkkkkkkkk



Cian masuk je dalam perut komuter , orang tua terus menairap sambil menyabung kaki . arwah mak aku dulu cukup marah kalau nampak anak-anak dia menyabung kaki cam ni.


Sekianlah cite komuter dan anda saling memerlukan, tanpa komuter siapalah anda @bajetpengacaramajalah3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina