Friday, March 9, 2012

Hidangan lunch -Chicken rosemary & garlic butter rice - masakan untuk ibu bekerja

Salam kengkawan, dah lunch ke? aku belum lunch lagi ,semenjak sakit ni selera semakin berkurangan.Masuk ni dah 3 hari aku demam, aku tak kisah  kalau  aku sakit,  janji anak-anak  ngan suami aku sihat walafiat. InsyaAllah badan aku dah lali ngan sakit-sakit ni. Walaupun sakit, aku masih boleh buat keja rumah dan masak untuk keluarga . Masa sakit  aku  memang tak boleh duk diam,  bila duk diam saje  takut  badan aku bertambah sakit, itu yang aku suka menyibukkan diri kat dapur..

Malam tadi aku perap ayam rosemary, sebelum pegi keja  aku bakar, tengahari nanti   Firdaus boleh makan sebelum pegi sekolah. Ibu bekerja cam aku ni, sebelum masak, awal-awal kena buat preparation,  waktu pagi nanti  tak de lah kelam kabut. Hari ni aku tak mampu  nak cite panjang lebar, badan aku ni rasa seram sejuk, tak larat sangat ,  ingat ye kawan-kawan, sekiranya blog aku ni tak berupdate lebih dari dua minggu, maksudnya aku dah jadi arwah, sedekah-sedekahkan lah Al-Fatihah ye.sayang korang. Kalau tak nak aku mati cepat sila doakan aku panjang umur ye. kui kui kui 


Bahan-bahan

1) 1/2 ekor ayam- potong 6 bahagian
2)1 tbsp rosemary kering, 1  tbsp lada hitam, 1  tbsp jintan kasar- kisar sedikit kasar-
3)5 ulas bawang putih- dihiris
4)1 inchi halia- dihiris
5)2-3 tbsp brown sugar
6)sedikit garam
7)1 tsp cayenne pepper
8)olive oil
9) sebiji lemon





Cara-cara membuatnya

1)Cairkan sesudu butter, kemudian tumiskan hirisan bawang putih ngan hirisan halia sampai naik bau.
2Kisar kering bahan tumisan (bawang +halia) bersama bahan no.2
3)kisar sekali  bersama brown sugar
4)Gaul ayam ngan sedikit garam kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam, lepas semuanya bergaul mesra  perahkan jus lemon bersama ayam sudah diperap tadi kemudian gaul sekata, akhir sekali taburkan cayenne pepper(amaran oleh kerajaan Malaysia, cayenne pepper ni boleh tahan pedasnya , jika anak anda tak tahan makan pedas, kuarang pengambilannya , tak pun jangan bubuh langsung)
5)Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk semalaman
6)Sebelum bakar, sapukan atas ayam ngan sedikit olive oil kalau tak de olive oil , sapu je ngan butter. Boleh gak buh aksesori cam baby tomato, carrot(lumurkan ngan sedikit olive oil, black pepper dan sedikit garam , kentang(kalau nak buh kentang, pastikan kentang direbus dulu hingga sedikit empuk, kemudian kentang tu lumurkanlah ngan sedikit olive oil dan bahan perapan tadi )
7)bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam , guna api atas bawah.

Jemput makan chicken rosemary bersama baby tomato ngan sweet corn, biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama garlic butter rice.



Aku bubuhkan garlic butter rice tadi kat dalam La gourmet soveniar dari company. Nak buat garlic butter rice ni senang je, masak nasi cam biasa(aku guna beras basmathi), bila nasi dah masak , gaul mesra nasi tadi bersama ngan sesudu besar garlic butter  (bawang putih cincang tumis dalam butter cair hingga naik bau), kemudian sedia untuk dihidang


Ada pertambahan juadah di situ , aku goreng green peas ngan carrot  bersama bawang putih cincang dan sos tiram ni sayur kegemaran Firdaus. Sapa suka boleh gak makan chicken rosemary bersama  ngan  sos cili halia bawang putih.


Selamat mencuba ye,  ibu-ibu yang berkerja dan surirumah tangga sepenuh masa, juadah ni paling mudah disediakan, bahan-bahannya   boleh di prepare  awal-awal, Okeylah ye sampai sini je, mak nak pegi merehatkan diri , nak meluruskan  pinggang  ,  semenjak dua menjak ni pinggang mak manyak asam wooo.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina