Monday, March 26, 2012

kalau korang kata bihun goreng chinese style memon tak sedap, nampak gaya korang nak kena baling ngan kayu beluti.


Awal -awal lagi memon dah warning you all, jadi jangan berani nak  cakap yang bihun goreng chinese syle memon ni tak sedap. Belum cuba belum tau , terimak. Semalam memon masak yang simple je, tak de lauk pauk.Memon bercadang nak ngadap bihun goreng chinese style  dari tengahari sampai ke malam, tapi apakan daya memon sangkakan panas sampai ke petang rupanya panas sampai ke malam keesokan harinya baru hujan, jam menunjukkan pukul 6 petang, arghhhhh Firdaus bagi tau nak nasi, memon redhokan diri pegi goreng nasi . Memon buat nasi goreng chinese style je, ikut selera tuan yang nak makan nasi tadi. *ambik tangan urut badan sendiri*

Jom ikut memon masuk dapur

3-4 keping kobis cina hiris halus ngan 1/2 batang carrot dimayang halus.

Bagi mereka yang tak kenal , nilah dada ayam

potong kecik, gaul ngan kicar cair kemudian gaulkan ngan sedikit tepung jagung

6-7 ulas bawang putih cincang


1 tbsp serbuk lada hitam ngan 1 kiub pati ayam maggi atau kalau suka boleh guna stok ayam buatan sendiri-next time ye memon tunjukkan cara nak buat stok ayam sendiri

cara-cara membuatnya

Jgn lupa rendamkan dulu bihun ngan air . Semalam memon goreng 2 keping bihun je, almaklumlah rumah memon  tak ramai orang..

1)Tumiskan bawang putih cincang hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)
2)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
3) masukkan carrot diikuti ngan kobis cina tadi, kacau sedikit kemudian ketepikan ditepi kuali
4)Tumiskan sekejap 1 kiub pati ayam maggi(pecahkan ).
5)pecahkan dua biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan bihun , kacau hingga bihun jadi lembut, guna api sederhana, Bila bihun tadi dah lembut, buh sedikit kicap cair sebagai penganti garam , akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan . Kacau sekejap, buhkan serbuk lada hitam, kacau sekata ,angkat dan sedia dihidang.

Nah , jeng jeng ni dia bihun goreng chinese style

Cam nilah suami memon suka, nasi goreng ngan bihun goreng chinese style yang tak berapa masin, nanti kalau nak rasa masin, masa makan suami curahkan kicap cair kat nasi atau bihun tu. Buat pengetahuan korang kebanyakan orang cina tak suka buh banyak garam dalam masakan.

Bila dah berkahwin ngan orang cina, memon kenalah belajar guna kicap cair untuk mengantikan garam. Suami galakkan memon guna kicap cair,terutama bila memon masak yang bergoreng-goreng. Garam susah nak hancur dalam masakan katanya suami memon. Memon akur je ngan kata-kata dia tu, nak cium bau syurga kena dengar cakap suami . Memon! memon! memon! takut mati, cium bau syurga nak plak.

Nasi goreng chinese style

Dah tak berapa suka sangat orang ambik gambar dia sekarang ni, almaklumlah dah besar.

Sebelum menutup cerita hari ni , memon teringin sangat nak tujukan lagu Dendam dalam diam nyanyian Nora pada madu -madu yang ada kat luar sana .Dahulu kala lagu ni menjadi salah satu lagu feveret memon . Buat madu madu diluar sana dendam dalam diam tak baik dik, kelak merosak diri sendiri, bermadu tu pilihan sendiri kenapa perlu menyesal.

Dendam dalam Diam

Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku

Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar

Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku

Sebenarnya memon sendiri tak dapat tangkap apa yang dalam  fikiran memon , apa relevannya bihun goreng chinese style ni ngan madu, cam ni punya orang pun ada dalam dunia ni *ambik tangan tepuk dahi sendiri*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina