Tuesday, March 6, 2012

Nilai -nilai murni



Macam pernah aku nampak gambar ni, tapi yang pasti ni bukan gambar penulis blog. Dia ni masih solo trang tang tang, sapa nak berkenalan, sila add dia dalam facebook, maaf link tak dapat disediakan sebab kat opis ni dorang blocked facebook

Bihun hailam yang sedap

Air barli yang sebijik rasa cam air bilasan kain baju.hua hua hua


Nilai-nilai murni hendaklah kita amalkan dan praktikkan sebagai cara hidup kita seharian. TV dan radio sekarang ni pun dah ada iklan yang memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni. Sana -sini orang bercakap mengenai nilai-nilai murni , tapi semua juga tau dalam melaksanakannya tidaklah semudah tu. Ada masa dan ada ketikanya aku sukar nak amalkan nilai-nilai murni terutama bila berada dalam situasi :-


1) Bila berjumpa ngan lelaki yang terlampau peramah, suka nak tanya itu dan ini, sedangkan aku kenal dia cam tu je , tak delah kenal begitu rapat. Serius aku lemas ngan lelaki cam tu, lebih lagi lelaki yang kubur panggil mari , rumah kata pegi , lebih lagi  latar belakang dia yang menyimpan pompuan indon tu memang aku tau banget. Kalau yang menegur tu lelaki  berumur  tapi punyai  ciri cam bapa- bapa kita tu tak jadi hal sangat. 

Ni ada cite kelakar, suatu waktu dulu pernah sekali tu aku pegi interview keja, sampai kat pondok guard aku beri salam kat satu pakcik tu,   dengar aku panggil dia pakcik , masa tu gak dia sound aku "lenkali panggil abang ye". Cis cam tu punya kerepot, gigi pun tak de , disuruhnya aku panggil dia abang.

2)semalam aku ngan kawan(gambar kat atas ) keluar lunch, kawan tu makan nasi goreng cina dan aku plak makan bihun hailam. Tengah dok syok menghayati makanan, silih berganti orang jual pen ngan keropok datang kat meja kita orang. Bila dorang unjuk kat aku barang jualan, Aku senyum sambil angkat tangan tanda tak mau. Itu okeylah dia paham dan blah, ada spesis yang tak paham bahasa , suka nak lambakkan barang jualan, sampaikan kita nak makan pun tak senang dibuatnya. Kenapa kita nak belek belek barang dorang, tunggu dorang explain mengenai barang tu, habis air liur dorang bagi penerangan , lepas tu dengan selambakodoknya kita bagitau yang kita tak berminat ngan  barang tu, kan mudah kalau awal-awal  kita bagitau  dorang yang kita tak berminat , nahi nahi nahi. hidup jangan menyusahkan orang ye dak.Kalau dorang degil masih nak  lambak ngan explain  mengenai barang dorang , lantak pi.


3) berhadapan ngan orang suka yang bertanya benda atau perkara yang dia dah tau,dia buat-buat tanya sebab  bizi body punya pasal. Kat luar sana memang banyak dah aku jumpa spesis cam ni.Bila berjumpa ngan orang cam ni aku terus je sound sambil memberikan senyuman yang paling menawan"ehhhh bukan ko dah tau ke cite ni".


4)orang tu cuba nak bagitau aku yang SiA tu tak suka , benci, hate gila+++  ngan aku sangat, sampai kuih, kek, apa saja yang aku bawak SiA tu tak nak makan, jamah dan perkataan yang seumpama dengannya. Semua yang siA cakap pasal aku, dia akan bagi tau aku. Kira dia tu diibaratkan  cam spy tak bergaji . Dalam hal ni aku tak benci kat A, aku benci kat orang mengadu tu. Boleh gitu.loserkan.


Bila berjumpa ngan orang yang seperti di atas, memang susah sangatlah aku nak amalkan nilai -nilai murni tu. Harap maaf..............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina