Wednesday, March 28, 2012

petua kulit putih gebu halus mulus Fasha sandha

Dalam hidup memon ni ada satu benda je yang memon  teringin , tangan memon ni dah  naik gatal bila ingatkan keteringinan memon tu, kengkawan nak tahu tak keteringinan memon? keteringinan memon nak cabai mulut seseorang, seseorang yang sesuka hati mengatur jadual harian memon . Honestly memon tengok seseorang  tu dah macam Personal Assistant Memon plak , sampaikan dia tau memon cuti semalam sebab nak ambik duit sekolah  RM100, main petik je kan memon ambik duit RM100, dia ingat petik gitar , petik buah mangga, jangan sampai memon petik buah durian buh atas kepala dia, mau dia meraung.

Memon ni ada satu kepantangan, memon tak suka orang buat cite pasal memon, cite betul tak pe, ni cite yang tak masuk akal. Kengkadang memon rasa diri memon ni dah setaraf Fasha sandha , luar dalam kain semua orang nak ambik tau.Buat pengetahuan seseorang  tu, semalam Fasha bukan cuti Fasha MC sakit perut cirit birit puas hati..........ada lagi satu yang Fasha nak bagi tau ,duit sekolah RM100 minggu lepas lagi Fasha dah ambik , Fasha suruh abang jejai yang ambikkan, almaklumlah Fashakan tengah sibuk buat persiapan kahwin fasha yang akan berlangsung 28 March ni kat Dewan orang ramai   Pulau Indah..#pentipusangat.

Duit RM100 tu dah habis pun, RM30 cikgu ambik untuk  yuran PIBG lagi  RM70 Jejai buat bayar repair  brek motor. Ciankan ngan Fasha. Demi cinta Fasha  pada abang jejai , fasha  sanggup korbankan segala-galanya. Hidup Fasha simple je, bangun pagi , masak tuk anak ngan suami, pegi keja, balik keja masak tuk makan malam, tolong Firdaus wat keja sekolah , layan suami ngan anak-anak apa yang patut, akhir sekali tidur.Simplekan. Pada pendapat Fashalah daripada kita duk sibuk jaga tepi kain orang , lebih baiklah jaga perut suami ngan anak-anak kita ye dak.

Inilah rahsia kulit putih gebu Fasha,kerap minum air soya  buatan sendiri,sehari mau sebaldi minum air kacang soya, kalau tidak tak gebu cam fasha,  penat jejai tolong perahkan kacang soya-*pentipu sangat  minum air soya setahun sekali*
Nikahnya idak lagi Fasha ngidam makan ikan cencaru bakar cicah kicap cili. Menciklah semalam masa fasha pegi kedai beli ikan cencaru , ramai sangat yang psssttttt fasha, rimas tau.
Fasha ajar cam mana nak buat ikan bakar cencaru ye, pertama kena garam kunyitkan ikan tu dulu -biarkan 2 -3 jam
Kedua balutkan ikan ngan daun pisang, kemudian ambikkan 2 batang serai yang diketuk hujungnya , renjiskan minyak mengunakan serai tadi , bakar guna api sederhana ye.
Fasha tak buat air asam, fasha hiris 6 batang cili api, hiris nipis sebiji bawang holland, buh dalam bekas, buh kicap sweet prawn fan (dalam BM kicap kipas udang manis) + kicap cair + jus limau kasturi, kacau dah siap mudahkan kengkawan.
Dalam ikan cencaru bakar terselit kepala ikan janahak rosemary yang memon  perap dua tahun lepas opssss dua  minggu lepas.
Ikan bakar cencaru Fasha, tedap tak?
tangan abang  jejai ku cayang

Cabai kampung : ada satu lagi cite yang memon rasa lawak sangat , boleh tahan gak memon  gelak, ada kawan memon bagi tau memon yang dia rasa pelik ada orang boleh tahu rahsia dia. Dalam hal cam ni aku salah dia sendiri, kalau dia tak bagi tahu rahsia dia kat orang lain, takkan orang lain tahu sendiri kot, ye dak? sendiri makan cili , sendirilah rasa pedasnya, takkan ye fasha sandha makan cili jejai rasa pedas plak. Memon malas nak layan sangat orang jenis cam kawan memon ni. Lagi satu memon malas nak layan bila memon dapat tau drama vanilla cokelat nak difilemkan, serius memon tak faham drama yang tak megembangkan otak cam tu boleh difilemkan.opss *memon terlaser*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina