Friday, March 23, 2012

Tersentap aku ngan blogger sorang ni????????

Kak memon memang suka tambah sikit #botakkepalabuhlebih   ajinomoto dalam masakan barulah  sedap sikit  masakan tu ,cam bercite gak kena tokok tambah sikit baru sedap. Nasihat memon pada adik-adik kat luar sana , jangan suka bertokok tambah sangat nanti tak pasal-pasal kepala benjol. Dalam dunia ni 3 orang jenis manusia paling Memon mencikkk

1) orang yang tikam belakang
2) orang yang suka tokok tambah cite
3)orang yang suka menyampai

no 3 paling dangeres, orang cam ni daripada hidup lebih baiklah pegi mati, kat tempat keja aku ada sorang cam ni, umur baya yuyi mulut cam lahanat. Sepatutnya budak  baya yuyi ni  sekarang   tengah enjoy  kat club cucuk cucuk langit ,  tapi tak dia sibuk plak  nak  membizikan body jaga hal orang, tak sesuwai tau . Masa aku baya  baya yuyi  tak berani nak  wat  mulut  lahanat cam tu,mau arwah mak  piuh pangkal peha aku sampai lebam.

Berbalik pada cite asal, he he he tak maknanya aku sentap ngan blogger, saje nak sedapkan cite boleh #lempangpipisendiri. Dah lama sebenarnya jiwa aku, mungkin jiwa kak limah  gak tertekan ngan perlakuan tak semenggah budak perempuan baju biru(dalam gambar kat bawah) terhadap anak dia yang dua orang tu.

Akhirnya dapat gak aku ambik gambar dia ngan anak dia yang dua orang tu pagi tadi. Setiap hari aku duk  menahan sabar  melihat  perlakuan dia yang mengheret anak dia cam heret entah apatah. Cian aku nengok anak dia , minggu lepas aku nampak ngan mata kepala aku sendiri, dia seret anak dia cam tak ingat  sampaikan anak dia  hampir terjatuh  ke dalam longkang, muka dia cam tak de  perasaan  selambakodok  tarik tangan anak dia pegi cam tu je, bukannya nak check  tangan kaki  anak dia dulu mana tau kot ada luka ke ape ke.

Kadang-kadang tu , dia tak pegang pun tangan anak dia , dia biar budak tu jalan sorang-sorang,  dia plak  menonong-nonong  tak pedulikan anak dia.  Hari tu depan mata aku gak,  nyaris anak dia tak dilanggar  kereta, pada masa tu kereta  tengah mengundur,manalah pemandu tu  nak  perasan kelibat  budak sekecil tu  kat belakang  kereta dia.  Kalaulah terjadi apa -apa pada anak dia ,  nak salahkan siapa, tak boleh nak salahkan  pemandu tu 100%.

Wahai pompuan baju biru andainya ko ada terbaca blog ni, kak memon suggest ko beli benda alah kat bawah ni , kalau dah  malas sangat atau tangan ko akan patah bila  dukung anak ko  tu , dari pandangan mata kasar  kak memon anak ko tu tak delah berat mana  pun..



Dulu masa anak-anak aku masih kecil ,hidup aku susah hinggakan tak mampu nak beli carrier baby ni,apatah lagi nak beli trolley baby, carrier baby aku masa tu kain batik lepas  je.

sedap gak nama memon tu ye.Penatlah otak aku nak fikir masalah  orang  sekarang yang  suka  sangat sambil lewa  bab keselamatan anak-anak  ni #bangangsapasuruhpikir  . Sebagai  orang Islam kita memanglah diwajibkan beriman ngan  Qadha dan  qadar (ketetapan Allah yang telah ditentukan)  bak kata orang kat luar sana, dah takdir kita tak boleh elak  tapi sebagai manusia  kita mampu berdoa , berusaha, berikhtiar dan  bertawakal.


Berapa lama lagi kak  memon nak terserempak  ngan  budak ni kat flat MIL kak limah  , tak tahulah bila masa mak budak ni  nak  kena makan penampar ngan kak memon, penat tau kak memon #bajetbiniganster.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina