Monday, March 5, 2012

top 10 besday party

Maafkan tajuk yang tak ingat doniya tu ye. Korang percaya je bolat-bolat cermin mata oren yang aku pakai masa buat facial tu yang real punya, itu hanya cermin mata imiginasi  je lah, cermin mata tu aku edit dari photoscape.

Tadi aku ada janji nak cite pasal besday party suamikan ,sila jangan percaya ye , aku gebang je .Tak de maknanya besday-besday party ni, mau suami cop aku buang tebiat. Besday party yilek sebab kek yilek, cuma aku saje masakkan untuk dia nasi ayam steamed /Hainan sebab nasi ayam tu feveret dia.


Untuk nasi

1)sedikit kayu manis & bunga lawang
2)1/2 biji bawang besar Holland-dihiris bulat
3)1 inchi halia -dihiris bulat
4)4 ulas bawang putih dihiris
5)1 kiub stok ayam knorr
6))2 1/2 cawan beras basmathi-cuci berseh dan tuskan

 untuk nasi aku tumiskan bahan 1-5 dengan 1 1/2 sudu butter hingga naik bau dan bertukar kekuningan(tumis dalam rice cooker guna api sederhana). Keluarkan bahan tumisan tadi,masukkan beras gaulkan sekata bersama lebihan butter tadi. Semuanya dah bergaul mesra masukkkan sup ayam ke dalam beras, kemudian masak seperti nak masak nasi biasa.



Sup ayam

1)sedikit kayu manis & bunga lawang
2)1/2 biji bawang besar Holland-dihiris bulat
3)1 inchi halia -dihiris bulat
4)4 ulas bawang putih dihiris
5)2 kiub stok ayam knorr

Ayam

1)4 keping ayam-cuci berseh dan tuskan
2)sedikit minyak bijan
3)sedikit kicap cair


Untuk Sup ayam aku tumiskan bahan 1-5 dengan sedikit minyak hingga naik bau dan bertukar kekuningan(tumis dalam periuk sederhana besar guna api sederhana). Bila bahan tumisan dah naik bau tadi,masukkan 1 1/2 liter air diikuti ngan 4 keping ayam tadi bersama ngan sedikit garam sebagai penambah rasa.

Untuk ayam sejurus selepas mengeluarkan ayam dari sup, dengan segera curahkan air sejuk ke atas ayam, itu tips untuk ayam nampak menarik dan bentuk badan ayam tak lari selepas dimasak sup,tuskan ayam tadi kemudian gaulkan ngan sedikit minyak bijan dan kicap cair sebelum dihidang.


sos cili

1)5 biji cili besar
2)3 ulas bawang putih
3)1 inci halia

kisar semua bahan

Masakkan bahan kisar dalam kuali, campurkan sedikit air, biar agak mendidih,didihkan guna api sederhana.Untuk rasa masam masukkan sedikit cuka atau sesudu besar cili sos . Akhir sekali masukkan gula, sedikit garam ngan parasa. Pekat kan sos cili ngan 1 sudu kecil bancuhan tepung ubi atau tepung jagung.

kicap

kicap nasi ayam , adalah campuran sup ayam ngan kicap cair.




Abaikan gambar Firdaus tu, maaflah gambar besday boy(suamiku) tak de kat sini, cianlah masa ni dia baru balik dari laut, muka tengah merah menyala, semalamkan cuaca panas banget, dia plak tak pakai sunblock SPF 50 jenama Banana Boat nak murah beli SPF30-maaf ye ober the river siap bagi jenama sunblock, aku suggest je. Kalau korang dah ada pilihan yang lebih bagus dari Banana Boat mak no hal . Sunblock tu pun bukan dia punya, kawan dia punya , dia tumpang sekaki je. Apa pendapat korang kalau aku hadiahkan dia sunblcok sempena besday dia tahun ni , okey tak .kui kui kui
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina