Wednesday, April 18, 2012

handphone ada kait mengait dengan cerita baju sukan

Cerita mengenai baju sukan  sekolah Firdaus  selesai semalam. Cikgu  Firdaus  tak dapat menghubungi aku melalui handphone, sebab kebetulan  semalam Handphone yang paling aku sayang  selama ni  dah  jahanam , jadi dia call   handphone suami. Aku  tak nak lah bagitau kat sini  butir perbualan antara suami aku  ngan cikgu  Firdaus, cukuplah aku bagitau yang  percakapan dia itu betul-betul  membuatkan  hati aku ngan suami terguris, percakapan -percakapan yang rasanya tak sangka boleh keluar dari mulut seorang cikgu.

Aku ngan suami rasa pelik  sebelum isu  baju sukan Firdaus ni timbul , selama dekat 4 bulan Firdaus sekolah  tak pernah lagi cikgu Firdaus  komplin  pasal pelajaran Firdaus, alih-alih  semalam dia komplen plak.  Selama ni setiap malam aku ajar  Firdaus  menulis ngan  membaca aku  tengok dia okey je.  Mulanya suami aku rasa nak  marah cikgu Firdaus  masa  cikgu tu  keluarkan satu perkataan yang tak sedap didengar , bila  suami aku  berfikir cara rasional dia tak jadi  marah  cikgu tu , dia tak nak lah  nanti  cikgu tu  melempiaskan rasa marahnya kepada   Firdaus . Aku ngan suami bukan tak boleh terima dia komplin pasal Firdaus, kalau nak komplin pun  bercakaplah guna bahasa yang lebih sopan  bersesuaianlah ngan  sifat  yang ada pada seorang pendidik.  redho jelah, biarkanlah cikgu tu  bahagia ngan cara dia sendiri, semoga Allah SWT panjangkan umur  dia.Amin : )

 Berbalik cite pasal handphone ; aku sedeh sangat handphone second hand  jenama sony cybershot   model lama  yang  banyak berjasa ngan aku dan blog  ni akhirnya  jahanam  semalam setelah  aku mengunakannya hampir  5 tahun . Banyak jasa handphone sony cybershot tu ngan blog ni, hampir semua gambar -gambar dalam blog  ni aku ambik guna hanphone  tu. Sepatutnya dah lama aku kena tukar handphone baru, aku je  tak nak  , sayanglah  handphone tu  pemberian suami  .Suami aku tahu sangat aku sayang ngan handphone tu , tengoklah nanti dia  mesti  hantar   handphone  tu  kat kedai handphone kawan dia suruh  repair. .


 The moral of the story, zaman sekarang ni orang  yang  suka berterus terang dan lantang menyuarakan pendapat  sering disalah anggap  oleh orang sekeliling.*lepas ni mak bajet nak jadi gegirl*


Nota kaki : Cerita  ratu kebaya pegi beli ikan kat sini  tak akan aku  sambung  kat  blog ni ye,  bukan apa semenjak blog  aku  ni  dah   fofular  rasa  cam tak best je nak sambung cerita orang lain, lagi pun kat situ aku tak beli  apa -apa pun.*bajet fofular tu biasa*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina