Saturday, April 28, 2012

Hujung minggu bersama Roti Massimo Germa Gandum dan blog Warkah Buat Isteri

Salam kengkawan......

Sebenarnya  semalam lagi aku nak update blog  nak ambik keberkatan hari Jumaatlah katakan, tapi oleh kerana mata aku ni  mengalami kegatalan dan tekanan semacam,terpaksalah aku batalkan niat aku nak update blog . Semalam tak update blog aku terasa  plak macam berhutang sesuatu ngan Cik PahKardshian, teringat janji aku pada cikpah nak promotekan  blog abang ipar cik Pah  WARKAH BUAT ISTERI, korang semua  nampak je aku  brutal atau cam akak kawasan tapi  hati ni cepat  tersentuh  cepat je nak mengalirkan air mata lagi -lagilah  bila  baca  blog kisah Isteri  kepada abang ipar Cik Pah  mengalami kerosakan pada saraf Otak.

Warkah buat Isteri  ni aku nak tujukan untuk renungan para suami diluar sana (termasuk suami aku sendiri) supaya  menjaga isteri -isteri kamu, jangan pernah sakiti isteri kamu  sedarlah isteri kamu  telah melahirkan zuriat kamu  bertarung nyawa untuk itu,  menjaga makan minum kamu, menjaga saat kamu sakit  maka sayangilah dan hargailah  isteri-isteri kamu selagi hayat dikandung badan. 

Membaca  Warkah Buat Isteri, tiba -tiba hati aku jadi  sebak, kisah Isteri abang ipar cik pah mengingatkan aku pada kisah  kedua ibubapa aku , rasanya tak perlulah aku nak ungkit  lagi sebab kedua ibubapa aku dah lama pergi buat selama-lamanya, Al- Fatihah semoga roh kedua ibubapa aku dicucuri rahmat.Amin


Sekiranya kengkawan rasa terpanggil untuk  turut membantu meringankan penderitaan atau kesedihan isteri kepada abang ipar Cik Pah kengkawan bolehlah  pegi ke blog WARKAH BUAT ISTERI. 

Kengkawan semua marilah kita sama-samalah berdoa  supaya isteri abang ipar cik pah ni cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Untuk meredakan hati sendiri , aku  berbalik pada cite  breakfast kami pagi tadi bersama  Roti Massimo  ala roti  john tak  berapa nak john, senang je nak buat roti tak berapa nak john ni..


Semestinya roti massimo dengan roti massimo roti tak berapa nak john akan menjadi gebu dan mantopp

Kacau dalam mangkuk sederhana besar
1)4 biji telur 
2)sedikit kicap cair
3)Sebiji  bawang Holland-hiris nipis
4)4tangkai daun bawang -hiris  sederhana halus
Sediakan sos cili Maggi  jahatkan tinggal sikit sos cili Maggi aku mana tak nya  dua tiga hari ni bantai masak sos je.kalau korang  suka boleh juge tambah  mayonis.
Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. Jangan lupa  membalik- balikkan roti  mengelakkan roti  hangit disebelah bahagian je.
Bila roti telur nampak  garing secukupnya , angkat roti  ,tuangkan  sedikit mayonis ngan cili sos. di atas permukan roti   kemudian tutup ngan sekeping roti telur.
Jeng jeng sedap dimakan (sesuai untuk breakfast) Roti telur tu aku potong dua, nanti  senanglah sikit Firdaus nak makan.
Gebukan roti massimo germa gandum : )
Roti massimo germa gandum  gebu mantop , kengkawan nampak tak ?, lelehan mayonis ngan sos cili dicelahan  roti *bajet nak bagi kengkawan terliur*






Okeylah kengkawanku semua, sebelum aku mengakhiri cerita aku hari ni, aku nak pesan sekali lagi  kat kengkawan sekiranya kengkawan  ada masa terluang  sudi-sudikanlah menjenguk  WARKAH BUAT ISTERI.  Terima kasih kengkawan semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina