Monday, April 2, 2012

sekuntum bunga secantik Norish karman & peti ais

Cian Jenab, asyik memon je take over. Pagi ni Jenab hampir kehilangan kata-kata, jenab terkedu, seorang pompuan lingkungan umur 20 an ++ menyapa  jenab, masa tu  jenab sedang asyik menjamu selera di tempat kak limah. Jenab tak berapa nak terkedu sekiranya yang menyapa tu pompuan yang biasa-biasa je cantiknya, tapi pompuan kali ni cantiknya lain macam, sebijik cam Norish Karman.Pompuan tu mengenalkan diri,  menghulur salam perkenalan , kitaorang  berborak-borak , memandang wajah pompuan seiras Norish Karman tu, perut jenab terus kenyang #pentipusangat hakikatnya jenab dah selesaikan sekeping roti canai , dua biji karipap , 1/2 pinggan nasi goreng.

Rupanya pompuan tu start keja lab kak Limah hari ni , wah tercabar Jenab selama ni Jenablah pompuan paling lawa kat sini * pompuan perasan* Lepas ni Jenab makin bersemangat nak pegi Lab Kak Limah, sebab dah ada sekuntum bunga cantik secantik Noris Karman. Entahlah Jenab ni teruja lagi memandang bunga dari memandang kumbang , lagilah kumbang jenis penyontongan al kurita , kumbang ni susah nak jumpa, kalau jumpa memang suwei sangat, jangan pelik ye ngan namanya yang agak saintifik.

Bercerita pasal semangat, jenab nak bagi tau kengkawan dalam minggu ni jenab bersemangat menbersehkan peti ais, jenab sendiri tak percaya yang jenab mampu bersehkan peti ais jenab , hampir setahun peti ais jenab terbiar tanpa perhatian dan belaian.Jenab wajib bersehkan peti ais  sebelum suami jenab paksa jenab  tutup blog  sebab  gara-gara bloglah , jenab tak bersehkan peti ais  #pentipu sangatlah tutup blog , tak bersehkan peti ais hampir setahun tu kisah benar.

Jenab ngan bangganya mempertontonkan pada kengkawan FM jenab yang 4 ketui . Orang lain dah penuh Peti ais, ciankan Jenab, 1/2 pintu pun tak penuh lagi : (


Bersehkan , baik korang cakap berseh.
Lepas ni entah bila lagi Jenab akan bersehkan peti ais jenab ni. Jenab tahu kengkawan garenti bersehkan peti ais sebulan sekali.


Peti ais oh peti ais nasib ko lah dapat tuan yang pemalas.Ohhh ohh kenapalah terciptanya peti ais. *serius bodoh sangat statement jenab ni*

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina