Wednesday, April 25, 2012

Share My Nestle Incredible Story




Salam kengkawan, Tahukah kengkawan yang tahun ini  Nestle  menyambut ulangtahun ke 100, tanjat memon tak sangka Nestle dah lama disamping kita semua. Tahniah buat Nestle kerana sampai ke tahap sekarang ini. Kengkawan percaya tak yang produk Nestle tak dapat dipisahkan dari kehidupan kita semua. Sila angkat tangan saper yang tak pernah guna produk Nestle ?, saja aku nak tau. Apa yang ko merepekkan labu, macamlah ko nampak orang angkat tangan.

Berbalik pada cite asal, I love produk Nestle beri beri much *ayat ayat cinta* dari arwah mak turun ke aku , sekarang turun ke anak-anak aku , kami semua penguna tegar produk Nestle . Bila makcik bercerita memang oberkan. Okey aku tak gebang kosong, aku siap kasi bukti yang aku selalu guna produk nestle dalam kehidupan aku sehari-hari. Siapa yang dah lama  jadi pembaca setia blog ni mesti tahu yang aku memang banyak guna produk Nestle. *bajet blogger fofular*

Dibawah ni aku tunjukkan kat  kengkawan semua beberapa produk Nestle yang telah menyerikan dan membahagiakan hidup aku selama ini.Tanpa Nestle hidup aku sekeluarga tak bermakna. *ayat ayat cinta* . Nestle jasamu tidak dapat aku  ungkapkan dengan kata -kata. Nestle prihatin , ada beberapa produk dicipta untuk menyenangkan proses memasak bagi ibu-ibu yang bekerja seperti aku. Kengkawan!! kalau aku nak cite secara terperinci setiap satu persatu produk  Nestle, alamatnya aku kena tercogok depan komputer ni sampai esok. boleh?

Okey kengkawan mari kita kembali kepangkal jalan , jom kita sama-sama  meninjau-ninjau produk-produk Nestle yang aku guna sekarang ni dan selama-lamanya .InsyaAllah *bajet hidup sampai hari kiamat*
Oh sos tiram maggi tanpamu aku hilang arah, keranamu nasi goreng chinese style ngan bihun chinese style aku sangat berstail, sangat sedap menjadi kegemaran suami dan  anak -anakku semua.
Oh maggi jasa mu ku kenang, maggi sentiasa mengisi hari-hari malasku dengan kebahagian. Ingat maggi ingat tagline "mee maggi cepat dimasak sedap dimakan"
Serius dari dulu sampai sekarang aku tak lupa jasa yogurt nestle low fat pada kek dan muffin aku. Dengan Yogurt bukan saje kek dan muffin aku sedap malah gebu sangat . kek dan muffin sedap suami bertambah sayang.cam aku kenal je tagline tu : )
Aku suka guna yogurt Nestle low fat sebagai salah satu bahan perapan ayam atau ikan . Yogurt low fat  antara yogurt yang amat tinggi nilainya,ia mengandungi lebih banyak kalsium , vitamin A, tiamina , niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juge kaya dengan zat besi , fosfurus dan kalium. Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu)
Yogurt Nestle low fat bukan saje menjadikan salad buah-buahan kita sedap malah boleh melancarkan sistem penghadaman dalam tubuh badan kita.

sos cili maggi bukan saje jadi  sebagai bahan pencicah , ia juge boleh dijadikan sebagai bahan sampingan masakan.

Milo dan keluarga aku tak dapat dipisahkan .Sejak kecil aku suka minum milo, dari suami sampai ke anak -anak aku pun suka minum milo tak kiralah milo panas atau milo sejuk . Dari sekecik-kecik budak sampilah ke orang tua suka sangat ngan tagline Milo "Minum milo anda jadi sihat dan kuat" Seruan aku kepada pembaca blog cik ina do do cheng bukan blog gegirl Minumlah milo supaya anda jadi sihat dan kuat.: )





Kengkawan ku semua sempena 100 tahun Nestle , Nestle ada menyediakan hadiah hingga RM100, 000 kengkawan hanya perlu tweet @bagi gambar @ buat video @ cerita pengalaman , banyak pilihankan terserahlah pada kengkawan tepuk dada tanya selera. Okey sekiranya kengkawan berminat boleh klik link ini : http://www.nestle.com.my/Nestle100Years/Intro.aspx



Kepada Kengkawan yang ingin berkongsi pengalaman luar biasa bersama Nestle dengan Nuffnang , kengkawan boleh kongsi kat sini

Okey kengkawan semua selamat berkongsi pengalaman luar biasa kengkawan bersama Nestle : )























Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina