Tuesday, April 3, 2012

surat terbuka untuk cikgu memon.cikgu memon ngan memon bukan orang yang sama

Kengkawan jangan *tanjat memon* kebetulan nama cikgu Firdaus , cikgu memon. Dunia ni kecikkan, sana sini memon tiba-tiba je nama cik Firdaus cikgu memon *sumpah memon tak tipu* nama cikgu Firdaus cikgu memon, tak caya hubungi sekolah Firdaus . kengkawan perasan tak?, jarang dapat jumpa orang  yang  nama memon ni mempunyai wajah persis iras Fasha Sandah atau Fazura, larikkkkkkkkkkkkkk

Berbalik pada niat memon yang asal , Please cikgu memon bagilah baju sukan Firdaus tu cepat, masuk ni dah dua kali memon bayar duit baju sukan tu, bayaran kali pertama, cikgu memon dakwa tak terima , suami memon bayar kali kedua , sampai la ni pun tak terima baju sukan tu. Cian Firdaus nak masuk 1/2 tahun , setiap kali  PJK  tak merasa pakai baju sukan,  cikgu memon sendiri tau yang  budak-budak teruja ngan baju sukan, mereka terasa diri mereka  tu cam atlet sukan negara bila memakai baju sukan : )

Buat pengetahuan cikgu memon, kerusi opis yang memon order bulan lepas dah pun sampai pagi tadi, kerusi tu dah pun memon resmikan . #motipnakmenunjuk-nunjukkerusi
Memon malulah ngan Firdaus setiap kali ada PJK dia tanya pasal baju sukan, naik jemu memon explain "baju sukan mak dah beli, cikgu memon tak kasi lagi* hampir beratus kali memon kena explain perkataan yang sama, lenkali  memon nak record je perkataan tu.Cikgu memon tolonglah bagi baju sukan tu , sebelum memom usulkan hal baju sukan ni ke kementerian kesihatan atau kementerian sukan *babing ko memon apa kena mengena baju sukan ngan kementerian ni semua*

sekuis me ni bukan panau, ni kesan melecur kena cerek panas


ni semua gara -gara cikgu memon, sekiranya dia bagi baju sukan tu cepat, tak de Firdaus tanya aku banyak kali pasal baju sukan, bila dia tak tanya banyak kali, mesti memon tak melecur, apa-apa pun kalau dah nak kena nak wat cam mana, dah tak dapat nak elak lagi.


Akhir kata , memon sudahi kata-kata semangat untuk cikgu memon, bagilah baju sukan Firdaus dengan segera jika cikgu menyokong majulah sukan untuk negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina