Wednesday, May 9, 2012

Duit emas, makcik kayoooooo

Dalam minggu ni aku sibuk sikit almaklumlah   Firdaus tengah exam  kenalah  bagi  sepenuh  tumpuan pada dia. Sibuk sibuk gak , nak jugak menyelitkan  cite janji ado, ye dak.

Cite hari ni berkisar tentang anak-anak je, hari minggu hari tu yuyi ajak aku temankan dia beli  barang keperluan  rumah  kat giant . Seperti yang korang semua tahu dalam keluarga aku   Firdaus yang  paling kecik paling manja ,paling segala-galanya, bila  dalam kereta dialah yang paling banyak cakap terutama bila yuyi ada sekali .

Masa dalam perjalanan ke Giant dari rumah aku  , mulut Firdaus tak boleh diam, ada je yang  dia nak sembangkan, yang aku tak boleh menahan bila dia sembang  pasal duit emas.

Firdaus  : mak !!kawan Firdaus ada duit emas, dia tunjuk ngan Firdaus.

Aku "tanjat memon" : apa duit emas, kayanya kawan Firdaus tu.

Firdaus : ye mak  dia beli nasi ngan duit emas

Aku "lambat pick up" baru nak teringat duit emas 50sen aku yang duk dalam beg : Firdaus mak pun ada duit emaslah, tunggu jap mak ambik.Jenuh aku selongkar dalam beg nasib baik jumpa kalau tak  de tak tahu aku  nak letak muka ni : (

Dapat je duit emas tu Firdaus  terus belek cam orang tak pernah jumpa duit . Aku  gelak  dalam masa yang sama aku  kasihan plak ngan dia , kengkawan dia semua dah lama  merasa pegang duit , dia baru je nak merasa  pegang duit.  Selama  dia pegi sekolah ni aku memang  belum pernah lagi bagi dia duit belanja sekolah  . Syukur Alhamdulillah,  Dia  tak kisah, dia pun tak pernah minta dari aku  duit belanja sekolah, waktu rehat dia makan bekal yang di bawak dari rumah. Nanti bila dia naik darjah 4  baru aku bagi dia duit belanja sekolah, masa  yuyi ngan gula-gula hack bersekolah dulu aku buat perkara yang sama gak.



Duit emas duit emas makcik kayo


Sukanya Firdaus dapatduit emas
Minum milo anda jadi sihat

Firdaus ngan gula hack tak senonoh , milo tu belum bayar lagi dorang berdua  dah minum kasi habis
Tengoklah tu si Firdaus manja tak bertempat,  cam tulah gula-gula Hacks masa kecik cam tulah kejanya nak menepek je kat aku. Firdaus  ngan aku  tak delah mengada-ngada  cam tu,  ngan yuyi  je  sebab yuyi suka ikut kehendak dia. Entah apalah yang dia nak lagi tu, dia  nak pensil , kaler , peraut pensil yuyi dah beli.
Gula-gula hack ni masa aku ambik gambar pun sempat lagi nak berfacebook.

Sekadar luahan hati seorang ibu

Percayalah,  sebenarnya jauh disudut hati aku masih merindui zaman sewaktu anak-anak aku masih kecil.  Aku rindu nak lihat kembali  mereka merangkak, bermain ngan riang gembira ,  berlari berkejaran  disertai jerit pekik dan hilai tawa  mereka  , semua tu masih terbayang-bayang diruang legar mata ini.  Betapa cepat masa berlalu , sampai aku  tak perasan betapa pantas masa berlalu meninggalkan aku.Andai masa boleh diputar semula, alangkah..........

Masa tak boleh diputar semula, jadi sementara mereka masih bernafas dan  kita juga  masih bernafas, hargailah anak -anak kita, hargailah keluarga kita  dan hargailah kehidupan kita.

Akhir kata  SOH , opsss soo cold,  Majulah sukan untuk negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina