Friday, May 25, 2012

Ikan pecah periuk come back

Tumpang lalu anoy. Hari ni makcik tepek cite ikan ye, almaklumlah ikan pecah periuk  ni hasil  berhempas pulas bersabung nyawa suami  makcik di laut.  Demi menghargai jasa dan pengorbanan   suami makcik kenalah makcik  tepek resepi hasil pancingan suami makcik.Jangan marah noh.Nampak sangat aku yang dah makcik  ni bertambah makcik bila mengelarkan diri aku makcik.la la la .Kepada mereka yang belum kenal ikan pecah periuk, this is ikan pecah periuk you know. Sesekali makcik nak gak cakap omputih biar pun omputih makcik tahap  0.

Okey come back to aku, aku ni  jenis orang yang tak segan nak mengaku kelemahan sendiri. Aku akan sentiasa ingat selagi kita masih bernafas selagi  itu proses pembelajaran kita tak akan berhenti jadi kenapa perlu segan nak belajar. Banyak perkara aku kena belajar , salah satunya belajar buat kek la la la apa gelak-gelak ?  korang ingat aku terror sangat buat  kek , kalau aku terror buat kek ,  tak kan aku  minta resepi kek dari izan . Korang tahu tak  dah banyak kek dah aku loyongkan  dalam tong sampah .korang tak tahukan. Lagi satu kalau korang nak tahu  aku  tak tahu nak  guna mesin jahit.Banyak lagi benda yang aku tak tahu kalau aku senaraikan kat sini  satu persatu sampai esok pun tak habis.

Dahlah tu aku nak cite pasal ikan pecah periuk plak
Ikan pecah periuk ni nampak buruk tapi isi sedap tak nak mampus.(pasal apa plak dah sedap tapi nak mampus)
Cam biasalah asingkan isi ikan dari tulang dan kulit kemudian potong isi ikan  lebih kurang  2cm panjang. Gaul isi ikan bersama sedikit kicap cair dan sebiji telur yang dah dipukul.
Gaulkan plak isi ikan tadi ngan tepung jagung
Lepas tu apa tunggu lagi gorenglah dalam minyak panas  guna api sederhana
5  sudu besar sos tiram life terbaek
Bahan-bahan tumisan ; Hirisan halia ,hirisan sebiji bawang holand dan hirisan lebih kurang 1/2 cm  daun bawang

Tumis bahan hirisan hingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram.
Masukkan isi ikan yang  dah digoreng, gaul sekata.Bila isi ikan dah sekata bersama bahan yang lain masukkan  lebih kurang 300ml air  kacau biar sekejap.Sebelum angkat taburkan  daun bawang.

Firdaus suka  banget ngan isi  ikan masak halia . 


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA  KELUARGA TERSAYANG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina