Sunday, May 20, 2012

lepas bersehkan kawasan rumah baru dapat makan ikan pecah periuk bakar.

 Zalimkan lepas bersehkan kawsan rumah  baru dapat makan ha ha ha gelak  setan.Saper suruh minggu lepas tak balik, kan dah kena bersehkan kawasan rumah. Tak delah acah mak labuh, aku tak suruh pun dorang  bersehkan  kawasan rumah ,   dorang yang merelakan hati sendiri nak bersehkan. Pucuk dicita ulam mendatang , aku memang malas nak bersehkan kawasan rumah saje nak bagi  ular sawa membiak kat  situ . Aku bagitau yuyi pasal ular sawa  muka dia terus biru. ha ha ha .

Biarlah semak samun depan rumah janji dalam rumah cam banglo *matik puji  rumah sendiri*.  Dua hari ni aku sibuk mengemaskini  blog  kisah pancing kepunyaan suami aku , alang- alang aku kemaskinikan blog dia  aku  buatkan sekali  page facebook blog kisah pancing. Suami aku ni malas nak update setiap hari tanya aku ada tak orang komen blog dia. Blogwalking tak nak ada hati nak suruh orang komen .Paling tak menahan   ada hati tu nak femes cam blog aku  tapi tak nak pegi blog orang lain  *matik puji blog sendiri femes*. Okeylah kengkawan kalau sudi sila layan blog ngan facebook perasan femes kat bawah ni :-

Blog kisah pancing
Page facebook kisah pancing - tekan like bagi suami aku senang hati sikit-ha ha ha

Ciankan gula hack ngan yuyi ,aku tengok dah macam buruh kasar,Firdaus jadi mandur kat  situ

Oleh kerana semalam  anak-anak aku semua berkerja keras membersehkan kawasan rumah aku   dan yuyi plak hari tu buat  ikan cencaru bakar tak jadi  maka semalam aku bakarkan dorang semua ikan pecah periuk : (
 Sediakan tray yang dilapik ngan aluminium foil kemudian diatasnya lapikkan ngan daun pisang .
 Garam kunyitkan ikan gaulkan ngan sedikit black pepper, kemudian renjiskan ngan  sedikit parsley flakes ngan oregano leaves-ko mampu ikan bakar buh herba inggeris tapi cicah ngan sambal belacan dan kicap cili.kalau omputih tahu matik dorang gelakkan, ada aku kisah ke.ha ha ha 
 
Masih bakar guna oven demi nak memperbanyakkan bil api. Guna suhu 200 darjah celcius bakar selama 40 minit
Dah namanya anak-anak , bayam masak sup pun sodap. Pada aku bukan setakat masakan arwah mak aku sedap , masakan orang lain pada aku pun sodap waima orang  tu masak simple je.  Dah kerap sangat masak  sampaikan kadang-kadang  tu  aku tak selera ngan masakan sendiri. *bajet rajin masak*
 
Ajaran arwah mak , bila nak masa  sayur yang berbatang keras  seelok-eloknya asingkan batang ngan daun.Masa nak masak nanti masukkan batang dulu last sekali baru masukkan daun.
 Sup bayam yang simple (goreng bayam + bawang putih+ telur ngan ikan bilis) sangat ni yuyi cakap sedap : )
 Selepas 40 minit ikan pecah periuk bakar sedia dihidang. yuyi cam tak mandi je.ha ha ha 
Masa ni Firdaus baru balik dari kem solat , sampai je rumah tengok  yuyi ada  terserlah  kegembiraan kat muka dia.
 Yuyi punya
 Model syampoo  selalunya memang  tak tunjuk muka .ha ha ha 
 kata model  syampoo-Gunalah syampoo Himalaya semua masalah kepala kaw tim.
 
 Pencicah ikan bakar-kicap kipas udang + hirisan bawang holland +hirisan cili api +perahan limau kasturi

Hidup yuyi sepi tanpa sambal belacan: )

Sekadar luahan hati 

Biar masa silih berganti  namun kenangan indah masa memancing kat laut  bersama suami masih terpahat dalam ingatan. Masa tu  aku  sarat mengandungkan Firdaus. Last aku pegi memancing masa Firdaus 2 tahun , ingat lagi  Firdaus tidur di buaian  atas sampan.  Dulu aku heran  kenapa ramai  orang yang  minat memancing tapi selepas aku marasai sendiri pengalaman memancing ikan bolos ngan ikan gelama bersama suami, aku dah tak heran dah .

Sekarang ni setiap kali  suami aku nak pegi memancing setiap kali tu lah aku terkinja-kinja  nak ikut sama. Suami  suruh aku bersabar nanti bila ada masa yang sesuai dia akan bawak aku. erkkk aku geram Subuh tadi suami aku pegi ke memancing ."Sabau masanya akan tiba," , aku kata dalam hati : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina