Saturday, May 12, 2012

Masakan simple, senang dan anak -anak pun suka

Salam kengkawan .

Selamat hari ibu kepada semua ibu dan bakal  ibu. Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaek kepada  anak-anak kita . Ingatlah,membesar dan mendidik anak  adalah amanah Allah SWT , anak bukanlah hak kita ia adalah hak Allah SWT  maka jagalah mereka  sebaik mungkin , jagalah mereka semata -mata kerana  Allah SWT tanpa mengharap balasan . Segala jasa dan pengorbanan kita hanya  Allah SWT saje yang  dapat membalasnya.

Okeylah aku tak nak membebel panjang, aku pun belum cukup  sempurna untuk  memberi nasihat kepada orang lain. Aku  insan yang lemah , aku masih  berusaha kearah menjadi seorang  hamba Allah SWT yang sempurna.

Berbalik pada cite masakan aku minggu ni , hari khamis ngan Jumaat hari tu aku masak simple je, hari khamis  aku buat ikan bakar cicah  kicap cili , goreng bayam lepas tu  hari Jumaat plak aku goreng sotong kunyit dan goreng kacang panjang. Kacang panjang ni special , rupa buruk tapi sedap, kat pasar  jarang ada jual kacang panjang ni. Dalam blog ni aku pernah cite sekali pasal kacang panjang ni kat sini. 

jom layan

 ikan cencaru bakar  3 ekor je cukuplah untuk 3 orang makan : )
 Aku suka beli  sayur bayam  cam ni kurang pasir , batangnya pun lembut.
 Ikan cencaru bakar cicah ngan kicap cili, peberet suami
 Bayam goreng aku simple , goreng ngan bawang putih je.
3  ekor ikan cencaru bakar
 
 Sotong ni RM11, segar  lagi .
 
  Bersehkan sotong ,  buang dakwat, potong bulat-bulat dan garam  kunyitkan.

Bahan-bahannya  simple  ; 1/2 cm halia dihiris bulat dan nipis, sebiji tomato dipotong baji, 4-5 biji cili api dibelah dua (saper suka pedas boleh lebihkan cili api) hirisan sebiji bawang holland dan  lebih  kurang 150ml air asam jawa cair
 Lebur semua  bahan-bahan dalam kuali, tumis sampai baik bau . Kecikkan api kemudian masukkan sotong yang dah digaram kunyit. Biar  sotong agak lembut kemudian masukkan  air asam jawa biar sekejap, sebelum angkat buhkan sedikit garam, gula dan secubit serbuk perasa.
Sotong goreng kunyit
Kacang panjang buruk ni  aku goreng ngan bawang putih dan ikan bilis je. 
 Tumis ikan bilis ketepikan, tumiskan  bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan kacang panjang , kecikkan api, biar  sampai kacang panjang agak  lembut. Akhir  sekali buh garam ngan secubit serbuk perasa. Sebelum angkat curahkan ngan sedikit air tepung jagung.
Jangan risau, kacang panjang ni nampak keras tapi sebenarnya lembut, manis dan sedap.
Budak happy dah habis periksa pertengahan tahun lepas ni dia boleh relax.
Firdaus 2 kali tambah nasi , kenalah ngan selera dia tu.


Petua ngetop

 Semasa proses memasak sotong pastikan sotong  dimasak tak terlalu lama sebaiknya  gunakan api kecik , bagi mengelakkan sotong  menjadi liat selepas dimasak. 





SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina