Thursday, May 31, 2012

pedas kebabom semestinya Delichef

Petang semalam balik keja aku terus pegi pasar malam,  sampai je pasar malam aku terus sambar sekor ayam , 2 keping murtabak ngan sayur. RM17 sekor tak bagak kata kau ayam tu . Kat rumah aku ni sekor  ayam boleh  dua tiga kali masak. Aku ngan ayam ni  kureng kalau ikan ngan sotong laju sikit . Lega ...aku dah selesai  perap  sekor ayam , subuh nanti  dah tinggal  buat apa yang patut je.bijak tak? *matik puji diri sendiri* sekor ayam  aku bahagikan kepada 3 bekas jadi dapatlah 3 kali masak jimatkan.la la la 

Kita stop dulu cite pasal ayam, aku nak cite plak  pasal sos cili padi Delichef yang pedas  kebabommm. Dulu masa kawan  aku bagitau aku  sos cili padi ni pedas banget  aku tak percaya aku gelak mengkucing dia (sedap gak menganjing tukar mengkucing.la la la la .Lepas aku rasa sendiri aku mengesahkan yang sos cili padi delichef terbaek dari ladang pedas meletupppppppppppp  sampai  lidah terjelir.

Jeng jeng inilah Sos cili padi premium Delichef Terbaek dapatkan di cosway atau pasaraya yang berdekatan anda : ) saper cakap tak pedas memang sah dia safasaufau.kah kah kah



Ayam dalam bekas biru  aku perapkan  ngan 8 ulas bawang putih  ngan 2cm halia dikisar basah, 1tsp cayenne powder , 1tsp mixed herb, 1 tsp serbuk lada hitam, 1tbsp brown sugar, 1 tsp kicap cair  ,2 tsp sos worcestershire  dan  jus dari perahan 1/2 biji lemon . Gaul sekata  perap 2- 3 jam

 saper sudi nak membakar ayam seperti aku ni dipersilakan ambik resepi kat sini ye.

Abaikan esbok aku yang bersepah tu. Sila beri tumpuan pada 3 bekas yang bertutup ngan aluminium foil, tu semua ayam yang dah siap perap tinggal nak bakar dalam oven je.Saper yang tak suka bakar guna oven boleh gak gril atau bakar atas dapur gas, kayu api  atau dapur yang seumpama dengannya. la la la

Malam tu sempat lagi aku bakar  5 ketui ayam buat juadah makan malam 

ko mampu goreng kobis cina  + tomato ceri.la la la tedap tau

Firdaus ni bila  makan ayam suka sangat suruh aku asingkan isi dari tulang.Tak pelah masa aku ngan ayah dia  masih ada ni   bolehlah  layan  perangai mengada -ngada dia  mana tahu esok lusa  kitaorang dah  tak de  cam mano : (


Okeylah sampai sini je , SELAMAT MALAM jumpa lagi dilain hari dan waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina