Friday, May 18, 2012

Tren baru 1 Malaysia merealisasikan impian warga cilik-bukan cite politik

 Hari rabu hari tu  aku merealisasikan impian warga cilik kita naik  KTM komuter tren baru , sapa lagi warga cilik kita kalau bukan Firdaus. *ciliklah sangat* Tren baru ni  6 koc  mampu memuatkan 1,100 penumpang ,  nampak  cantik,luas, canggih  ada cctv , tv lcd dan banyak improvement dari  tren yang  dulu . 

Sebelum ni bukannya aku tak nak bawak Firdaus naik tren baru, masalahnya masa aku  nak  naik tren aku tak pernah terserempak ngan tren  baru, tak kan ye aku nak tunggu  tren baru berjam  jam kat stesen komuter , nampak sangat aku tak de keja lain.ha ha ha .Hari rabu hari tu  aku bawak Firdaus pegi klinik naik tren, kebetulan plak tren baru yang lalu  pucuk dicita ulam mendatang , kembang kuncup lubang hidung Firdaus  tak terkata  dah lama sangat dia  mengidam nak naik tren  baru  katanya Firdaus  tren baru tu  tren 1 Malaysia. Mentang-mentanglah kat pintu tren  ada lambang 1 Malaysia  main petik-petik je tren 1 Malaysia. *kak ros dengar mesti bangga*

Kengkawan marilah ikuti pergembaraan  ahli pelayaran sinbad  dari copenhagen ke Pelabuhan kelang dengan menaiki tren baru . Pergembaraan ni  mengambil masa tak sampai 20 minit,"pui pui pui kedekut punya mak."Kata Firdaus dalam hati. Ada aku kesah. 

ni bukan tren baru ni pokok bunga kertas kat stesen copenhagen
muka bengang 
 tu bukan keranda ye tu mesin tiket  fresh from farm, entah bila  nak beroperasi aku pun kurang pasti
 Marahlah tu tren 1 Malaysia tak sampai lagi
 
Muka marah tunggu  keretapi hampir satu jam tak kunjung tiba.
Aku blogger  aku suka ambik gambar ada aku kesah keretapi tak datang .kah kah kah 
 Muka orang puas hati dapat naik tren 1 Malaysia 
*abang ajib & kak ros sila bangga*
 Aku konpius,  ni nak tunjuk kerusi ke nak tunjuk vontot  Firdaus.ha ha ha 
 Paparan LCD dapat menyalurkan informasi terkini berkenaan KTM , sekiranya dapat  menyalurkan cite kartun okey gak katanya Firdaus : )
 Ruang perantara koc terbuka, nak main galah panjang kat tengah-tengah tu  pun  dah tak de hal.
 
   Ada pipi tembam disini.ha ha ha 
 Ada full map berlampu  ,menunjukkan  dimana kita berada.
Sistem maklumat penguna pada skrin LED 
Luas mata memandang nak tergolek terlentang pun dah boleh  .


Okey cukuplah  buat hari ni, jumpa lagi.

Sekadar cadangan   golongan marhaen kepada yang berkenaan

Stesen komuter  dah ada kat westport apa kata  buatkan laluan  tren komuter dari Pelabuhan kelang ke Westport , senang sikit aku nak pegi keja. Golongan marhaen cam aku ni belum mampu lagi nak beli kereta . saper setuju angkat tangan...............



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina