Thursday, June 14, 2012

Abaikan pompuan tu

Gambar petang semalam ; Rutin harian Firdaus lepas pulang dari sekolah ; mandi kemudian makan nasi tapi semalam dia makan nasi goreng berlaukkan bendi goreng(kegemaran dia) dan telur goreng.


Aku buatkan dia teh ais saje aku buh dalam cawan plastik macam gitu.


Petang semalam masa firdaus tengah makan dia ngadu kat aku


Firdaus : Mak, budak pompuan tu dah minta maaf kat firdaus


Aku : pompuan mana ni


Firdaus : pompuan yang ejek firdaus tu


Aku : apa dia ejek firdaus


firdaus : alah hari tu kan firdaus ada bagitau  mak


Aku : alah mak lupalah , cakap jelah


firdaus : dia ejek firdaus terhegeh-hegeh


Aku : itu je


Firdaus : di ejek gemuk poyo


Aku : dia ejek firdaus, apa firdaus buat kat dia


Firdaus : firdaus lempang pipi firdaus dua belah(sambil dia buat aksi lempang pipi sendiri


Aku : abaikan budak pompuan cam tu


Suami : kita pegi sekolah nak timba ilmu  bukan belajar ejek kawan


firdaus : firdaus buat tak layan je ngan dia


Aku : eloklah tu




Sekadar luahan hati


Aku lebih suka mengenali anak sendiri dengan lebih rapat sebelum mengenali anak orang lain .



Besarkan anak dengan violence, dan violence semata-mata, maka violence lah jadinya.
Kita cuma tahu nak punish, tapi tak reti nak reward -Dari dulu kini dan selama-lamanya aku setuju ngan pendapat Anoneemus ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina