Wednesday, June 20, 2012

Bila Salena Gomez mengecam muka Dr.Faiz

Pikatlah selagi kau boleh pikat  tapi biarlah pikat yang  membawa bahgia. Aku memang suka memikat terutama memikat selera anak-anak aku.Kalau larat  setiap hari aku nak pikat anak -anak ngan memasak makanan kegemaran dorang . Aku suka nak cakap bab pikat selera anak-anak je pikat  selera suami aku tak moh cakap terlalu subjektif . Dalam  kehidupan ni pada aku apa yang  penting aku tahu apa yang aku buat ,aku  setia, ikhlas  dan  jujur ngan diri aku sendiri. Aku nak anak-anak aku dan suami   tahu walau dimana jua aku berada dorang sentiasa kat dalam hati aku .

Dalam hidup aku ada satu benda yang aku cuba  lakukan berulang kali  tapi tetap tak berjaya , korang nak tahu apa  bendanya? "BERLAKON", kalau dengan berlakon aku boleh menyakinkan orang lain mempercayai aku, nampaknya  lepas ni aku  kena menghadiri kelas lakonan daripada aktor dan aktress terkenal tempatan bagi memantapkan skil lakonan aku. aku dah bosan aku dah bosan ngan lakonan dunia.

Anak-anak aku memang tak memilih makanan janji  masakan tu dimasak ngan sempurna dan cukup rasa . Yang paling tak menahan   bila dorang berada diluar kawasan dorang petik-petik nak makan   masakan yang macam aku masak.Mana nak gagau masakan  aku kat luar kawasan bagi aku  setiap orang ada skill memasak masing-masing *mantapkan pujik diri sendiri *


juadah aku semalam simple tapi dapat  memikat  selera anak-anak 
Sarapan pagi ; roti telur berkucai berbawang-nama roti ada sedikit kebangangan.recepi lebih kurang kat cini.manjakan
Kobis cina goreng ngan ikan bilis , bawang putih ditambah  suhun, fucuk dan carrot
Telur & kentang goreng bersambal ni feveret firdaus-resepi kat sini ye.
Sambal aku tak tuang habis kat atas telur ngan kentang goreng , sambal selebihnya aku simpan nanti kalau Firdaus nak sambal lebih  dia boleh ambik sendiri.
Kek butter untuk bekalan seminggu  firdaus . Kek tu aku buh dalam esbok ala kek silver bird -nak resepi kek yang ala-ala ni kat sini.
sehari dia bawak lebih kurang 6-7 ketul kek  dia share ngan kengkawan dia 



Sekadar luahan hati

Jujur aku katakan aku nampak je brutal tapi pemalu. Petang semalam lebih kurang pukul 5.30 petang aku ngan salena gomez  berselisih  ngan Dr. Faiz kat Fitness Centre .Pada mulanya aku tak perasan Dr.Faiz, salena gomez yang cam Dr.Faiz  dia bagitau aku , aku toleh belah kiri confirmlah tu Dr. Faiz terpandang je muka dia aku tak tahu nak cakap ape  lidah aku kelu seribu bahasa dalam hati nak tegur tak nak tegur last last masa terbuang cam tu je sampailah dia tolak pintu masuk Fitness center (Bukti aku seorang yang  pemalu ) bila difikir balik menyesal plak tak say hye kat Dr.Faiz kalau tak boleh paw dia belanja makan penang char kueh teow.la la la 

Dr. Faiz masuk gym ngan bergaya lagi  kalau tak silap aku di pakai kemeja   lengan panjang warna kelabu.

Okeylah sekian saje buat hari ni berjumpa lagi di lain hari dan waktu . mak nak gi klinik jap jumpa doktor tapi bukan dr.Faiz ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina