Tuesday, June 12, 2012

dah lah bangku bangkai plak

Bangkai kalau disorok pun akhirnya akan berbau juge, bangkaikan. *matik cite pasal bangkai*.Bagi aku laa kan biar mulut bangkai jangan hati bangkai.la la la la .mulut bangkai aku ni cam dah tak sabar nak cite hal satu pompuan nie aku jumpa kat sg .congkak hari sabtu hari tu.

Bercerita tanpa gambar cam tak syok kan

Maafkan aku ye aku kureng sikit bab grafik ni.Korang anggaplah jelah 3 orang lidi tu mewakili seorang bapa kepada seorang budak lelaki anggaran umur setahun dan sorang budak perempuan anggaran umur 3 tahun. Masa tu aku tengah syok layan yuyi ngan Firdaus mandi manda manakala suami aku plak leka menyiapkan empangan batu .Tak sampai sejam kitaorang bercanda-canda di situ kemudian datanglah seorang lelaki membawa dua orang anak dia mandi manda berhampiran ngan tempat percandaan kitaorang .Ada aku kesah? ini tempat awam suka hati dialah nak bercanda kat mana pun ye dak.

Ada sedikit kebangkaian disitu isteri lelaki tadi memandang kitaorang dengan pandangan tak puas hati. Sampaikan suami aku pun perasan isteri lelaki tu muncung sedepa bila nampak suami dia bawak anak-anak dia mandi manda berhampiran ngan tempat percandaan kitaorang.Aku tahulah suami kau handsome tapi bangkai sangat kalau kau tak perasan yang suami aku dua kali ganda lebih handsome dari suami kau.*matik puji suami sendiri* la la la la isteri dia buat muncung sedepa suami dia plak yang termalu sendiri tak lama kemudian dia bawak anak-anak dia beredar dari situ.

Kalau boleh henti-hentikanlah perbuatan cemburukan suami kat tempat awam ni. Bangkaikan bila kita perasan yang suami kita terlebih handsome dari suami orang lain maka banyaklah berlakunya kes isteri muncung sedepa atau tarik muka 14 bila suami memandang perempuan lain.Itu belum lagi suami kau berada dalam sunway laggon dimana kebanyakan perempuan kat situ mandi pakai bikini , masa tu kau nak buat apa nak meroyan cam orang hilang akal.

scary teringat muncung sedepa isteri lelaki tu : )

Masa ni aku suka tengok Firdaus happy je wat hal sendiri.
aku ngan yuyi mandi pakai t shirt ngan seluar track pun ada isteri orang yang nak merempan .doniya doniya Apalah dosa suami dia yang ala ala aaron aziz tu jeling-jeling kat kitaorang.Saper suruh kahwin ngan lelaki handsome ye dak.Tengok aku maintain je confident cantik walaupun hakikatnya tak secantik mana tapi yang penting suami aku  handsome .la la la



Sekadar luahan hati

Kalau dah tertulis di Loh Mahfuz suami kau akan berkahwin buat kali kedua masa tu kau nak buat apa.tepuk dada tanya selera la la la la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina