Tuesday, June 19, 2012

Fakta tak berapa penting yang patut anda tahu sebelum masuk opis

Ye, ke ada fakta mengenai taugeh? kenapa  aku tak tahu pun. la la la jangan marah noh. Setahu aku taugeh banyak khasiat salah satu khasiatnya membantu membuang kotoran dalam usus besar khasiat yang  selebihnya tentang taugeh korang googlelah sendiri tak kuasa mak nak senaraikan satu persatu.Haish apa yang aku nak cite tadi opss sebenarnya aku nak cite hari minggu hari tu aku  masak lemak taugeh tahu  dan ikan kembung bersambal sos. Kat rumah aku ni masak lemak kurang mendapat sambutan tapi kalau sesekali masak tu layan gak.Masak lemak taugeh judu ngan ikan sambal masyukkkk.
Taugeh  cepat basi tak payahlah nak masak banyak sangat cukup-cukup makan udah . Anggaran dua gengam taugeh untuk 3 orang makan pada aku dah cantik sangat.

Bahan -bahan untuk  taugeh  masak lemak ni senang banget
 
1)dua gengam taugeh-untuk badan slim cam aku ni
2)Perahan santan dari sebiji kelapa
3)1/2 gengam ikan bilis atau udang kering ditumbuk ala-ala tak lumat(basuh dulu ikan bilis atau udang tu)
4)cili merah -dihiris
5)sedikit  serbuk kunyit
6)sedikit serbuk lada hitam-arwah mak aku cakap bila kita masak sayur yang berunsur sejuk ni  kita kena buh sedikit serbuk lada hitam, itu arwah mak aku cakap, bukan aku cakap kalau tak betul tanya arwah mak aku kat kubur.
 Abaikan jejari runcingku

stylokan masak kuah dalam kuali. Masukkan santan dalam kuali, secubit serbuk kunyit,sedikit garam, bawang hiris,cili hiris serta ikan bilis tumbuk tadi.Bila dah masuk santan kuah lemak kena sentiasa dikacau sampai agak mendidih.Kalau boleh guna api sederhana. Bila kuah lemak dah agak mendidih masukkan tahu dan taugeh. Biar kuah lemak mendidih sekali lagi. Sebelum angkat buh sedikit serbuk  lada hitam.
Jeng jeng masak lemak taugeh ngan tahu
Ikan kembung goreng bersambal sos, resepi lebih kurang resepi kat sini, korang  tukar je telur goreng  pada ikan goreng.

Jemput makan kengkawan juadah aku minggu lepas boleh

Sekadar luahan hati  2 + 1

Bahu aku ni jadi  sandaran  bila kau ada masalah je ke?  wajah kau dah cukup jelita , adjust sikit perangai kau boleh tak?. Kau ingat aku tak tahu  ke what you did last summer(senam lebih sikit), selagi aku boleh layan kau aku akan layan kau ngan baik esok lusa tulat aku tak tahu lagi macam mana. Kalau kau rasa dengan duit kau tu dapat membeli nilai persahabatan kau beram...... dari hidup aku boleh tak? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina