Monday, June 4, 2012

Ikan Talang The Legend-kata-kata orang tua ada benarnya

Ikan Talang lagi, legend sangatlah ikan talang ni pada aku. Ikan Talang basah jarang dijual di pasar kalau ada pun ikan talang masin. Ikan talang kurang permintaan dan tak popular seperti ikan lain sebab isinya tawar dan sedikit nipis.Ada aku kisah asal namanya ikan semuanya aku suka.

Aku takjub , selama suami aku memancing inilah first time dia bawak balik ikan Talang , itu yang aku teruja sangat nak bercerita mengenai perihal ikan tu . Orang tua-tua kata "ikan talang sesuai dibuat ikan masin" bila difikir-fikir balik ada gak kebenaran kata-kata orang tua : )

Semalam aku cuba berexsperimen ngan ikan talang .

2 kepala dan 1 ekor ikan pecah periuk & sekeping isi ikan Talang- dimasak kuah asam tumis
2 keping isi ikan pecah periuk ngan sekeping isi ikan talang.digoreng
Bahan -bahan

1) cili kering 25 tangkai , 3 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah kecil, 1 inchi halia,1/2 inchi kunyit dan 1 inchi belacan

Dikisar basah

1) asam jawa dibancuh ngan 700ml air(iair asam jawa biar sedikit cair , takut nanti terlebih pekat kuah menjadi terlebih masam)
2)1 tangkai daun kari
3)5-6 batang bendi muda ngan 5-6 biji tomato ceri(tak de pun tak pe)
4)ikan tadi dibasuh berseh kemudian digaram kunyit

Cara -cara membuatnya

Tumis cili kisar dan daun kari sampai betul-betul pecah minyak. Kalau nak dapat asam tumis yang sodap, cili tu kenalah tumis hingga betul-betul pecah minyak. Sekirannya takut tumisan cili tadi cepat hangit, kecikkan sedikit api semasa menumis. Bila dah pecah minyak , masukkan air asam jawa biarkan ia agak mendidih kemudian masukkan ikan , bendi dan tomato ceri. Jangan masak ikan terlalu lama, nanti kemanisan ikan hilang. Bila kuah dah mendidih Sebelum angkat buh secubit kecil serbuk perasa, garam ngan 1 tsp gula ; bagi mengimbangi rasa kuah.

Aku tak suka betul pakai kuali putih ni , cepat sangat panas.
Nampak disitu kekerasan ikan talang basah selepas digoreng- ikan talang isinya tebal, tidak banyak tulang dan teksturnya empuk .
Motip menuding jari ke arah ikan talang adalah semata-mata ingin membuktikan kekerasan ikan tu .Sila abaikan jejari runcing ku seruncing badanku bak karena kapor.la la la
Mangkuk diatas tak muat jadi aku buh kepala ikan kat mangkuk lain, cam tu pun bolehkan . la la la
My homemade kuah asam tumis ikan pecah periuk & ikan talang basah




Pesanan penaja


Ikan talang basah mempunyai sisik yang paling halus awas jangan lupa kikis sisiknya sebelum dimasak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina