Thursday, June 21, 2012

Jangan cari salah orang lebih baik cari salah sendiri

Pelik kenapa kita nak  kisah samada blogger lain  percaya atau tidak dengan kita.penting ke?Perlukah kita nak membebankan diri sendiri berfikir sampai separuh nak mati samada orang percaya atau tidak dengan apa yang kita tuliskan, apa yang kita luahkan, apa pendapat kita  dalam blog kita sendiri?. Kalau kita  berperangai sedikit tak semenggah jangan ingat semua orang berperangai macam kita, ye dak. Bila  kita jujur dan ikhlas dalam perbuatan kita sehari-hari kenapa kita perlu  takut dengan judgement orang lain. Ini blog kita sukahati kitalah nak tulis apa pun cuma  janganlah sampai tulisan kita itu menjatuhkan maruah orang lain.Kita dicuit tak pe lagi jangan sampai keluarga kita dicuit mahu kita  melenting. Kita tak nak keluarga kita dicuit kita janganlah mencuit keluarga orang lain ye dak. Setiap orang sayang  keluarga masing-masing termasuklah aku kalau tidak takkan aku tutup kotak komen hanya kerana menerima  komen mengutuk Firdaus  seorang kanak -kanak yang tidak  berdosa . Dah jelas  ada sedikit kebabian disitukan.Sedihlah masih ada manusia bangkai macam tu .Hobi aku masa lapang aku suka  baca blog orang lain tak kisahlah  samada blog tu ada gambar atau tidak   janji bukan blog skim cepat kaya. Aku dah set mind aku dalam hidup ni bukan senang nak jadi senang .la la la la 

Juadah malam tadi simple je sekali lagi aku masak sardin feveret firdauslah katakan.

Sawi goreng ngan ikan bilis dan sos tiram
Sardin goreng ngan cili api tak berapa pedas
 
sambal goreng. cili api ngan ikan bilis tumbuk.sangrai sekejap ngan sedikit minyak , buh sedikit air asam jawa, sedikit gula ngan secubit kecil serbuk perasa -guna api kecik
Telur dadar berkucai
 sambal goreng tak  boleh ambik banyak pedas + + +
Sekarang ni suami aku tengah demam selsema dia tak berapa selera nak makan itu kata dia tapi bila nampak je sambal goreng  ni dia terus ambik nasi, tak selera konon.


Sekadar luahan hati

Cerita ku pendam sebuah duka tu nanti ye bila senang malam nanti aku akan asah otak aku ni mengarang cerita tu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina