Wednesday, June 6, 2012

OMK *letak tangan kat dada mata pandang atas*


Jangan rasa tertekan ye ini edisi riak yang tak disengajakan .Dua hari ni aku makan ngan kak limah dan sorang kawan kat sebuah taman bunga seluas aku tak kira plak berapa hektar berdekatan ngan tempat keja aku. Dipendekkan cerita dorang berdua memuji -muji sambal telur ngan sambal ayam aku dengan mengatakan "inilah sambal paling sedap di area Port Klang." *Nampak ada sedikit penipuan di situ* Sambal ni tak berapa pedas sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Aku ngan penuh rasa rendah diri nak bagi resepi sambal telur ngan ayam aku yang sedap banget walaupun tak de yang  mintak .*ada sedikit kebangangan disitu*la la la la
Tak de apa yang rahsia ngan sambal aku ni cuma aku kisar cili kering ngan bawang holand je.Aku tumis cili kisar sampai pecah minyak bila cili dah pecah minyak aku buh sedikit sos cili Life , aku biar sambal agak mendidih kemudian aku buh gula , garam ngan secubit kecil serbuk perasa untuk mengimbangkan rasa sambal. okey siap, mudahkan.

Cili kering direndam  air panas  dan kisar bersama bawang holand
sos cili life penganti air asam jawa-TERBAEK

sambal telur ; juadah makan tengahari semalam
sambal ayam-juadah makan tengahari hari ni




kuiz masak-masak


kemanakah kak limah menghilangkan diri


a) melingkup
b)nak kena sekeh
c)hilangkan nama blog dia dari senarai blog list korang
d)dah jadi blogger femes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina