Thursday, June 14, 2012

urat dawai tulang besi

salam kengkawan...........................


Bukan peta geografi

kawasan berlorek hijau bukan kawasan tanah subur itu adalah kawasan kesakitan, ketegangan  yang aku hidapi sekarang ni.bertabah ye *ayat pujuk diri sendiri*

Walaupun sakit mak maintain Jakpar  On, kenapa jakpar onn? nampak tak kat kepala mak terselit bunga matahari, jakpar onn kan suka bunga matahari. la la la  Tengahari semalam aku pergi klinik  check penyakit yang baru aku hidapi  dua tiga hari ni. Mati mati aku ingat tekanan darah aku tinggi  rupanya tidak doktor panel aku  kata  aku cuma mengalami sakit urat . 

Aku ni orang susah mana bisa masa sakit duk diam, mana bisa masa sakit aku buat muka sardin.*semangat indon*Balik je dari klinik aku terus melompat-lompat sambil menahan kesakitan kemudian dengan selambanya tangan aku  laju je  mengadun adunan kuih kertas. boleh gitu*sakit urat tapi nak mencekik kuih kertas*


 mula-mula kita ambik mangkuk bekas  sekerim boleh, kemudian kita  sediakan

Kuih kertas untuk 5 orang makan

1)100gm tepung gandum + 100 gm tepung pulut( sebarang jenis kuih muih atau pengat yang bahannya 100%  mengunakan  tepung pulut arwah mak kata kena campurkan 50% tepung gandum , itu arwah mak aku kata kalau tak betul sila tanya ngan arwah mak aku kat kubur.la la la la
2)sedikit garam
3)1/2 cawan kelapa parut
Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk tadi kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata.
Adunan kuih kertas
bentukkan adunan ikut kegegirllan tangan korang, kemudian goreng dalam minyak panas mengunakan api sederhana .
Kuih kertas sebelum disira gula
Aku tahu ramai yang tak lulus bab sira gula  ni, suatu ketika dulu aku pun pernah gagal berkali-kali tapi aku bangun dari kegagalan *matik bangun dari kegagalan buat sira gula*Pantang sira gula
 " terlebih air"  air 50ml + gula pasir lebih kurang 1/2 cup, biar air agak mendidih kemudian masukkan gula pasir biar lagi  agak mendidih masukkan kuih kertas kacau hingga gula menjadi sira
Bila  gula dah menjadi sira terus tutup api
 
sesekali makan kuih kertas sedap gak



Sekadar luahan hati

Jika kita mahu membuat sesuatu , kita  akan cari jalan.Jika kita tidak mahu membuat sesuatu kita akan mencari alasan.Aku angkat tangan tanda setuju.ehemmm ehemmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina