Tuesday, July 31, 2012

bawah sikit dari kota keriangan Genting Highland

 Salam Ramadhan...............

Kita ketepikan cerita pasal juadah berbuka atau bersahur buat sementara waktu ye.

Sekali lagi aku tepek gambar besar semata-mata nak mengambarkan  betapa gempaknya funfair kat perkarangan pasaraya Giant ni. Kegempakannya bagaikan kita berada  di kota keriangan Genting Highland tapi bawah sikit dari Genting Highland.la la la la  .Harga token   RM2 untuk satu token harga adalah bersesuaian dan   mampu dimilik oleh semua golongan terutama  golongan marhaen seperti keluarga kami.

huk huk huk kenapa funfair sekarang tak de konsert cam funfair zaman aku dulu-dulu.Ni mesti retis sekarang tak moh nyanyi kat tapak funfair tak pun funfair sekarang tak berapa mendapat sambutan daripada  orang ramai cam funfair zaman  dulu-dulu . Apa-apa pun janji Firdaus happy malam tu, al-maklumlah ni pertama kali aku bawak  dia pergi funfair.

Memang tak dapat nak digambarkan  perasaan Firdaus masa tu. Suka, excited, takut, gabra bergabung menjadi satu perasaan yang tidak menentu.Tak caya tengok sendiri reaksi muka dia di bawah.


Diperkarangan pasaraya Giant
merry go around.la la la 
Abang yang sentiasa prihatin dengan keselamatan adik, ialah tu.
wah otoromen,fire
adik yang cuak sedang dirantai oleh akak 
Abaikan muka cuak tu.
Sebelum naik benda alah tu happy lepas tu trauma sumpah tak moh naik lagi.padan muka saper suruh naik.
Seronok tengok dorang main langar-langar kereta cam ni.Aku paling cian ngan yuyi asyik kena langgar je.


muka cuak yuyi



Abang memantau pergerakan adik
Muka gabra semacam aku tak tahu apa yang dia  tengah fikirkan.
Gabra tapi masih boleh angkat tangan lagi tu
Firdaus dah macam maharaja meronda kawasan jajahan.
Maharaja yang sedang dalam dilema dengan puteri raja hang li po.la la la

Myanmar yang sedang memakan gaji buta
"Mak, semenjak gigi aku dah cantik  baru aku berkeyakinan nak tersenyum lebar" katanya yuyi.
Jangan terlebih lama duk kat kawasan ni nanti tak terperasan duit kita hilang.la la la la
Dapatkan sekarang juge buku diskaun Giant sebelum kehabisan stok 

Sesiapa yang tak dapat atau tak pernah atau mak marah kalau  menjejakkan kaki ke kota keriangan Genting Highland silalah  jejakkan kaki kat tapak funfair kat Giant ni dulu ye.


Saper yang tak tau kat mana tempat funfair ni sila rujuk alamat dibawah : )

Giant Hypermarket Klang (GHKG)


Lot 83191 - 83192, Persiaran Batu Nilam
Bandar Bukit Tinggi, Pandamaran
43000 Klang
Selangor.
Tel: 03-33235518
Fax: 03-33235817








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina