Wednesday, July 4, 2012

Dah lah anjing pandai menganjing plak...........

Mulai minggu ni dan minggu yang seterusnya bermulalah pelayaran sinbad aku menaiki  komuter setiap pagi dari Copenhagen ke Port Klang , sampai port ada kawan jemput dan hantar aku ke tempat keja.Biasanya aku akan sampai dulu .prinsip aku kalau kita dah menumpang kereta orang biarlah kita yang tunggu.............sesekali terlewat tu adatlah ...
Anjing hitam tu lah yang menganjing Gadis berbaju hitam , selepas aku bagi motivasi keadaan gadis dan anjing hitam terkawal .

Hendak dijadikan cerita sepanjang tempoh seminggu aku menunggu kawan di situ banyak adegan yang tak diingini berlaku.Salah satu adegan yang menarik perhatian aku adegan anjing cuba nak menganjing seorang gadis di perhentian teksi . Kebetulan semasa kejadian meganjing tu aku berada tak jauh dari situ. Beberapa saat sebelum kejadian menganjing aku tengah asyik mengunyah cekodok ikan bilis, Sigadis plak tengah leka membaca novel, Tiba-tiba aku dikejutkan dengan jeritan sigadis "makcik!tolong saya makcik." "tahu pun kau , tadi aku senyum ko tak balas,sekarang panggil aku tolong plak."Aku kata dalam hati. Mulut aku kata "syoh syoh haip haip biasa dia kacau anak dara orang." Anjing hitam pun kembali tenang.Dengan suara ala-ala manja "makcik kenapa makcik ambik gambar anjing tu." "sibuk plak nak jaga hal aku, ko tak kena gigit anjing dah kira baik."Aku kata dalam hati sambil melemparkan senyuman sinis.



The moral of the story lenkali

1)jangan perkecilkan kebolehan makcik
2)jangan sombong ngan makcik

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina