Sunday, July 15, 2012

Fresh from farm what we call pucuk keledek you know that


Tadi  masa  aku nak masak juadah makan tengahari  aku bukak esbok sayur yilek semua dah habis ,masa  tulah aku baru nak meraban cari sayur.  Kat rumah aku ni cam something wrong somewhere je kalau masak lauk tanpa  sayur.Tak de sayur ulam timun pun jadilah.Dah kami semua membesar ngan sayur selain dari minum susu.la la la .Berbalik cite pasal sayur , hari ni aku  ada sedikit kemalasan  nak pegi  ke kedai  yang agak jauh dari rumah aku  makanya aku redah jelah kedai hujung tanjung yang tak sampai 1/2  batu dari rumah aku.Biasanya kedai kedai yang berstatus suam-suam kuku cam kedai hujung tanjung ni  memang susah nak jumpa beraneka sayur kalau ada pun sawi tak pun taugeh, aku pasrah je dah ini kedai pilihan aku. 

Yes sangkaan aku benar belaka memang dalam esbok dia ada sawi je cuma diupgrade sikit ngan beberapa batang carrot.la la la la aku fikir punya fikir  pandang punya pandang aku terpandang   pucuk keledek kat tepi kedai tu  yang seakan-akan  ada  potensi untuk dijadikan masak lemak untuk juadah makan tengahari  aku hari ni. Tanpa membuang masa  aku  suruh tauke kedai tu petik pucuk keledek yang semakin membesar.Dengar je aku berkehendakkan  pucuk keledek tu  dengan sepantas kilat  tauke kedai  tu pegi  memetik-metik pucuk keledek yang ada dalam gabus putih. *jangan suka sangat guna ayat berkehendakkan*

Syukur  Alhamdulillah  4 biji cili merah, sepaket udang kering, sebiji kelapa dan  pucuk keledek tadi  hanya menelan belanja sebanyak RM4.30, perbelanjaan tu bersesuaian  sangat untuk golongan marhaen cam aku ni.

Jom kita melihat-lihat  masak lemak pucuk keledekku  masak bersama  udang kering.larikkk
pucuk keledek fresh from farm-siang, basuh dan tuskan
Masak lemak  ni sebenarnya senang kalau kita  ikut cara  masak yang betul.

3 biji bawang merah kecik-dihiris
sebiji cili masak-dihiris
sepaket udang kering-basuh , keringkan air  kemudian tumbuk sederhana halus.
sedikit serbuk lada hitam-arwah mak kata bila masak sayur yang berunsur sejuk ni kita  kena masukkan sedikit lada hitam

Semua bahan di atas masukkan  kedalam kuah lemak diikuti ngan sedikit serbuk kunyit.kacau atau tembok kuah lemak sampai  agak mendidih.Masa mangacau  sila guna api sederhana. Bila kuah lemak dah agak mendidih masukkan garam secukup rasa  dan sedikit serbuk lada hitam  diikuti dengan pucuk keledek. kacau sekejap kemudian bolehlah  diangkat.

*kalau suka kita boleh buh ubi keledek  tapi dengan syarat kita kena empukkan dulu ubi keledek tu sebelum memasukkan pucuk keledek* .terimak


Pucuk keledek masak lemak bersama udang kering

Rasanya first time aku judukan masak lemak sayur ngan ikan kicap.
1 1/2 keping Ikan GT  di potong sederhana besar , tekstur isi ikan GT agak serupa ngan ayam di bahagian dada jadik sekiranya anda pengemar dada ayam sila dapatkan ikan GT dipasaran.larikkkkkkk

 Ikan GT tu sebelum dimasak kicap kenalah digoreng sederhana garing, barulah sodap

 Resepi masak kicap ikan boleh di ambik kat sini ye ibuk -ibuk sekalian.



Sekadar luahan hati


Bila cerita aku kat sini mendapat respon yang agak sedikit  baik dari budak muda ni , InsyaAllah  esok  aku ingat  nak buat sambungan  cerita tu lagi.  *agak ada sedikit edisi riak disitu* ermm ermmm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina