Monday, July 2, 2012

mee goreng sutun mutiara

kenapa ye bila hari senin je malas nak keja , bila malas nak keja je hari senin? kalau boleh minggu ni  InsyaAllah aku datang keja penuh aku tak nak ada orang yang bergaji besar yang dah tak de keja lain suka nak track  rekod kedatangan orang yang bergaji kecik cam aku ni, dah lah merampas   mutiara dari tangan aku.Pleaselah pegi beli kat sinma boleh tak? Well kalau aku bergaji besar cam kau  tu tak pandang ehhh  mutiara tak berapa sen tu. kah kah bila  kawan aku baca cite ni mesti dia terbahak-bahak  bila  jumpa aku nanti mesti dia cakap aku dah hilang akal sebabkan dek mutiara tak berapa sen tu.lantak pirrah janji aku dapat luahkan apa yang terbuku kat hati, kalau dia baca pun  like I care.*jangan cuba nak tiru bahasa omputih kawan aku punya kawan*

Nasib baik lepas goreng mee  ni baru aku rasa nak merempan kalau tidak entah apa rasa  mee goreng aku mau rasa mutiara.syy paling kelakar ada sorang tu  tak suka buh resepi yang sama berulang kali, istilah orang tu  cakap merujuk pada   diri sendiri tapi bermaksud perli orang lain. Bila orang tak jelak atau muak pandang muka suami kau kenapa plak kau nak rasa boring bila orang 24 jam buh resepi yang sama nampak sangat tak suka tapi masih nak  jengah.Bila orang bercakap sikit pasal kau , kau pandai nak merempan. Doniya kan dah elok je muka kau cantik kau buat perangai cam tu plak. Bila kau dah keluarkan kenyataan berbaur  meninggi diri walaupun itu hanya pendapat kau , kau yang kata tapi pendapat kau tu dah buat hati insan lain terguris jadi aku  anggap kau seakan-akan lupa di mana kau berpijak. Jom lah kita tinggalkan orang yang seakan-akan lupa dimana dia berpijak tu sekejap  

Mari  kita mengoreng mee sutun Bahan-bahan untuk mengoreng sebungkus mee kuning ada logo halal.(kalau tak de  jawab sendiri)
sedikit taugeh dan sedikit sawi -sambil hempas -hempas mutiara.la la la 
 sutun dalam 5 ekor sixe XL tak pun L kot siang , cuci berseh kemudian tuskan.
 3 tangkai cili kering direndam air panas kemudian ditumbuk lumat 
 2 ulas bawang putih ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk 

Bahan tambahan
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar  gula
1/2 sudu kecik kicap cair
 cara-caranya membuatnya....

 Tumis bawang tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan cili tumbuk tumis sampai pecah minyak(wajib)-masa menumis guna api sederhana ,bila cili dah pecah minyak   masukkan  sesudu besar gula, dua sudu besar sos tiram,dan sotong atau sutun kacau  sebentar kemudian masukkan sawi, diikuti ngan mee kuning . Bubuh kicap pekat  terpulang citarasa masing-masing, saper suka mee goreng kaler hitam buh lebih sikit kicap.(pada aku dah sedang elok sesudu besar kicap pekat  untuk mengoreng sebungkus mee kuning  ) Tak payah buh garam(buh 1/2 sudu kecik kicap cair), sebab mee kuning sedikit masin.Kacau dan kaup balik  jangan putuskan plak mee tu, last sekali buh taugeh, goreng  rebah bangun je , kemudian bolehlah diangkat.
 mee goreng sutun
jemput makan mee sutun mutiara


Sekadar luhan hati

Kenapa Itali kalah  4 -0 kepada Sepanyol nak tanya siapa nak tanya  Mario Balotelli .(setinggi mana pun kita daki jangan lupa berpaling ke bawah) main bola ni keja berpasukan bukan persendirian-adakah aku layak bercerita pasal bola, mungkin tidakkan.like I care
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina