Monday, July 9, 2012

Membeli blah di pasar borong & pasaraya seumpama dengannya : Tips beli lebih dari 10 barang tapi ada hati nak membayar mengunakan kaunter cashier untuk 10 barang ke bawah

Hey kengkawan  nampak sedikit bersawang blog ni, almaklumlah  hari sabtu hari tu Ella kahwin aku adalah sedikit sibuk. la la la apa kena mengenanya Ella kahwin ngan kesibukan aku plak.Saje je aku tambah serbuk perasa supaya cerita ni menjadi lebih sedap.

Yes dua tiga hari ni aku sibuk menemankan anak-anak terutama yuyi sebab dia akan keluar negara  InsyaAllah hari selasa kot selama lebih kurang seminggu kononnya sebelum dia pergi aku duklah melepek kat rumah dia.melepaskan rindu padehal memang kitaorang jumpa hujung minggu je .Selain dari melepak kitaorang masak dan makan  bersama-sama.Sebelum makan secara besar-besaran pagi Ahad tu kitaorang  pegi  ke pasar borong beli apa yang patut untuk masak apa yang patut. Cerita masak apa yang patut tu kemudian ye.

Tips Membeli blah di pasar borong & pasaraya seumpama dengannya :-

Lokasi : Pasar Borong & pasaraya-sukahati koranglah kat mana pun.la la la
Idea : yuyi
Waktu : pukul 11.30 tengahari

my doter said "You know this one is squid very good too make a sambal sotong I loike very much."
this is a ginger.you know the ginger ala that one  teh ginger."la  la la la 
  Orang deman yang masih nak mengekor aku ngan yuyi  ke pasar 
 
Tips beli lebih dari 10 barang tapi ada hati nak membayar  mengunakan kaunter cashier untuk 10 barang ke bawah:-

1)Kalau boleh bawak  lebih dari satu pengikut
2)Paksa pengikut anda mengambil bakul yang telah  disediakan.
3)Bahagikan  barang  anda yang dalam troly tu kepada 10 barang  kemudian pindah ke dalam bakul berasingan
4)bawak bakul yang berisi 10 barang itu ke kaunter cashier 10 barang ke bawah
5)Beratur dengan muka tak bersalah
6)abaikan muka orang sekeliling yang tak puas hati serta pandang anda macam orang bersalah pada hakikatnya anda tak bersalah pun .
Misi berjaya



Semoga tips kali ni memberi sedikit feadah kepada anda.Kita akan berjumpa lagi   dengan tips tips yang lebih ngetop , mantop dan perkataan seumpama dengannya*bajet pengacara Nona*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina