Tuesday, July 17, 2012

Nasi goreng kampungku yang indah lagi permai


yes I love kampung very the much. Bestnya orang yang ada kampung halaman.Tipulah kalau aku cakap yang aku tak pernah ada kampung halaman tapi  apa guna ada kampung halaman bila semua  dah tak de ye dak.. Saper yang ada kat dalam kampung halaman? saper nak jawab soalan tu?mereka dan keluarga merekalah yang kena jawab.

Jomlah heboh opsss jomlah kita mengoreng nasi kampungku yang indah lagi permai : )

Nasi goreng kampungku ni bukan stok lama ye , ia baru dibuat dua hari lepas.terimak
Ikan masin dijudukan ngan nasi goreng kampung.mantop
 Bahan-bahannya amat mudah ye ibuk-ibuk
1)segengam ikan bilis
2)4 ulas bawang merah &  4 ulas bawang putih
3)2 biji telur
4)4-5 biji cili api
5)sawi hongkong seikat kecik-siang dan bersehkan ngan air kemudian tuskan
6)bagi menyenangkan ibuk -ibuk rumahtangga kita guna saje 1 kiub ikan bilis maggi sebagai penganti garam dan serbuk perasa.

Bahan 1, 2 , 4 kita tumbuk ala kadar ye . oh lupa cili api tu kena tumbuk agak lumat
 Nasi sejuk  seadanya : )
Tumis bahan kisar sampai naik dan pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan 1 kiub ikan bilis maggi(jumlah kiub bergantung pada banyaknya nasi) sambil mengacau masukkan sawi hongkong kacau kaup balik kemudian naikkan ditepi kali. Pecah dua biji telur kacau telur  hingga agak garing  .Akhir sekali masukkan nasi sejuk gaul rata  . Nasi goreng hendaklah sentiasa dikacau  mengunakan  api kuat,bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma yang membangkit selera,  tutup api bolehlah diangkat dan hidang.*matik nasi goreng beraroma*la la la la 
Jeng jeng nasi goreng kampungku yang indah lagi permai*adakah nasi mempunyai kaitan ngan  indah permai*
Jemput makan nasi goreng kampung  dimakan bersama sedikit ikan masin dan telur goreng.

Aku doakan hajat Puan Marina nak beli kuali baru termakbul, nanti lepas dapat kuali baru bolehlah dia mencuba nasi goreng kampungku yang indah lagi permai ni.la la la



Sekadar luahan hati

Selamat hari jadi sepupuku semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki , doaku  agar  Allah SWT  memberi kebahagian serta  memberkati hidupmu dan keluargamu  didunia dan diakhirat.Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina