Monday, July 16, 2012

paper kuih very the sedap for breakfast and evening tea and afternoon tea

Setiap kali  hujung minggu je tekak aku ni suka  mereka-reka nak  makan itu dan ini. Makannya tak seberapa tapi keteringinannya tu mengalahkan orang mengidam.Bercakap pasal kuih  menerawang otak aku  teringat arwah adik -beradik aku masa mereka  masih hidup , ada  saje  permintaan dorang nak makan itu dan ini terutamanya kuih muih diwaktu petang pada setiap hujung minggu. Setakat ni sebagai seorang akak , aku  belum  pernah lagi rasanya  menghampakan permintaan mereka .  Apalah guna harta benda wang menimbun kalau kita tak dapat membahagiakan orang yang kita sayang ye dak.Pada aku  bahagia itu bila kita membahagiakan. *jangan duk kat rumah je , undilah saya pada pilihanraya akan datang*

jom lah kita buat paper kuih
Kata arwah mak aku kalau kuih muih yang 100%  guna tepung pulut kita kena campurkan 50 % ngan tepung gandum , itu kata arwah mak aku kalau tak betul dipersilakan tanya arwah mak aku.


Tepung pulut lebih kurang 1 1/2 cup,1 1/2 cup tepung gandum,sedikit garam  dan  1 1/2 cup kelapa parut dicampurkan dalam satu mangkuk. Adun adunan tersebut mengunakan air suam, uli adunan hingga sekata.
 Abaikan jari jemari ku yang agak runcing disitu.ha ha ha uli jangan tak uli biar adunan jadik sebati 
Aku saje  adun lebih sikit ada balance nanti pagi boleh wat berakfast. Jarang sangat kat rumah aku ni breakfast kuih manis-manis cam gini sesekali  apa ade hal.
 
bentukkan kuih kertas ikut kreativiti masing -masing tapi jangan sampai tak masuk dek akal , aku  tanya korang ada ke bentuk kuih kertas selain dari bentuk kat atas?
Kuih kertas yang  telah siap  digoreng
 
Sungguh aku tak tipu aku guna dua sudu besar gula je untuk buat  sira kuih kertas.  Pesanan penaja jangan buh terlebih air alamatnya sampai keesokkan harinya gula korang tak menjadi sira.Biar gula agak  mendidih dan berbuih buih kemudian baru masukkan kuih kertas yang dah digoreng tadi. Kacau kaup balik sehingga gula menjadi sira kemudian tutup api kacau lagi hingga sira betul-betul kering.
 
Cukuplah untuk 3 ngan 4 orang makan-aku kurangkan gula nanti tak delah takut sangat nak makan.Almaklumlah sekarang ni kan musim diabetis.*cis ada ke musim diabetis*
2 ketui kuih kertas ni aku letak kat sebelah Firdaus , dia buat tak layan jenuh  aku paksa dia makan barulah dia makan.
 
Abaikan jejaka berbaju merah dibelakang tu. Anak-anak aku kalau makanan bergula ni memang slow sikit itu pun setelah beberapa kali aku paksa dia makan barulah dia makan tanpa perasaan.ha ha ha jahatkan aku demi kerana nak memeriahkan entry aku ni sanggup aku paksa anak sendiri makan benda yang dia tak berapa berkenan.Like I care.ha ha ha



Sekadar luahan hati


Kita solat setiap hari dan setiap waktu. kita berdoa pada Allah SWT minta di beri kebahagian didunia dan diakhirat tapi kenapa bila kita diberi ujian lebih sikit kita rasa kitalah paling berat diuji dari manusia- manusia  yang lain dimuka bumi ini. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang telah dikurniakanya. Makin kita ingat  kepada Allah SWT maka makin hampirlah Allah SWT pada kita, InsyaAllah *undilah saya sebagai ustazah pilihan*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina