Tuesday, July 10, 2012

simple mudah sedap sesuai untuk ibu yang bekerja


Hari ini adalah hari paling mengantuk mengantuk yang tertahan-tahan sehingga beberapa kali aku keluar masuk toilet demi meredakan kemengantukan aku.*bangkai ada ke ayat kemengantukkan*. kemengantukkan ni  akibat  aku terjaga pukul 3.50 pagi sebab terdengar nafas firdaus berbunyi kuat gara-gara dia selsema . Puas aku golek ke kiri golek ke kanan tak dapat gak nak lelapkan mata kemudian aku terus bangun bilas kain baju.boleh gitu .

Stop cite pasal mengantuk bertambah mengantuk aku dibuatnya .petang semalam aku masak 2 menu je ayam goreng mencongkam ngan sup cendawan inoki. First time suami ngan Firdaus makan cendawan ni dorang  jatuh suka plak, lepas ni bolehlah selalu berinoki-inoki haip haip.

Cendawan Inoki lebih kurang 2 ikat kecil , bersehkan , tuskan, siat sedikit halus dan potong pendek.
Bahan-bahannya simpel je syyy sesuai sangat untuk orang-orang yg malas cam aku.la la la
1)4 ulas bawang putih ketuk-ketuk je ngan pisau kemudian buang kulit.
2)1 cm halia- dipotong sederhana besar
3)1 tangkai daun bawang ngan daun sup-dihiris
4) 1 1/2 keping dada ayam dihiris.
5)1 kiub pati ayam ikan bilis
cara-cara menyetelkan bahan-bahan tadi

1)Tumis bawang putih ngan halia hingga naik bau dan layu-guna api sederhana
2)masukkan kiub pati ikan bilis-tumis sekejap
3)masukkan isi ayam tadi-kacau sekejap hingga separuh masak
4)Masukkan  800ml  air-biar agak mendidih
5)Masukkan cendawan Inoki-biar agak mendidih
6)Sebelum diangkat masukkan daun sup dan daun bawang tadi.
Sup Inoki sedap sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa*macam good good je*
Menu kedua ayam goreng mencongkam nak mencuba  sila ambik resepi kat sini, free je.



Sekadar luahan hati 

Frust aku bila semua gambar masakan yang aku masak  kat rumah yuyi hari minggu hari tu terdelete. Melepas nak tepek resepi lala masak serai ngan sambal sotong sebijon cam kat SINI. First time selama aku berblog gambar yang aku simpan terdelete.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina