Friday, August 10, 2012

Bukan papa jahat-aku tak sebaik yang disangka

Aku tak pernah istyihar diri aku, anak-anak dan suami aku orang baik atau segala perbuatan yang bersangkut paut ngan perbuatan baik pada sesiapa atau  di blog ni.Dari  segi luaran dah sah sah nampak aku jahat.Aku rasa blog aku ni bukanlah blog mengajak manusia  kearah kebaikan atau blog berilmiah .Cerita-cerita yang  aku luahkan kat sini  kebanyakannya dari pengalaman diri aku sendiri.Anda silap jika  kata saya baik *tangan letak kat dada mata pandang ke atas*

Satu hari tu aku pernah puji yuyi  baik sebab suka bantu adik dan kawan-kawan. Yuyi marah aku puji dia baik , dia kata dia  tak suka orang cakap dia  baik kalau cakap dia jahat tak pe.  Terus aku tanya dia kenapa tak suka plak. Dia kata dia tak perlukan perisytiharan baik, alim atau sebagainya  dari orang sekeliling ,  dia hanya berkehendakan  perisytiharan dari Allah SWT.

Aku tak pernah berkecil hati jauh sekali nak merempan  bila ada yang petik-petik aku jahat. Siapalah aku hendak menutup mulut orang ye dak.Katalah orang sebelum engkau dikata. Macam bagus-bagus je kan   perumpamaan aku tu. Berbalik pada cite biskut raya, haish ada ke tadi aku cite pasal biskut raya. la la la Hari ni dalam sejarah first time selama aku hidup , dah masuk minggu ketiga puasa   baru aku  terhegeh-hegeh nak  buat biskut raya.InsyaAllah aku yang dalam keadaan demam dan batuk ni akan start malam ni buat biskut raya ngan bantuan yuyi ngan gula-gula hacks.

Sebelum berundur diri aku ucapkan selamat berbuka puasa. Aku nak tanya saper dalam dunia ni nak jadi jahat cam penagih ice baby ni. Sama-samalah doakan kami  berdua segera kembali  kepangkal jalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina