Friday, August 10, 2012

Cara menguruskan laptop anda............

 Salam Ramadhan..........

Tiba -tibakan cite pasal laptop.la la la apasal lah  petang semalam aku sombong sangat tak  melayari internet atau apa saje yang berkaitan  ngan blog...padan ngan muka sendiri masa malam aku nak melayan blog berukband tak boleh nak connect gara-gara celcom 3g bermasalah katanya orang celcom.Sabau jelah tunggu punya tunggu celcom 3g pulih seperti sedia aku tertidur ngan laptop on sampai ke subuh. saper nak jawab. Laptop on sampai ke pagi tu aku tak berapa nak  heran sangat selama ni pun masa aku bercuti    laptop memang  aku  on 24  jam, aku buat cam tu supaya dapat line coverage penuh sebab  berukband  kan macam satu perkongsian jadi saper cepat dia dapat.la la la.Sekiranya korang nak on laptop 24 jam pastikan laptop korang  berada dalam keadaan sejuk dengan memasang laptop cooling fans atau  menghalakan kipas duduk kipas meja dan segala kipas yang ada  kat dunia ni kearah laptop  atau letakkan laptop dalam bilik beraircond . Kalau boleh bateri laptop jangan biarkan terpasang terus di laptop.

Kembali ketujuan awal ; Juadah berbuka puasa semalam simple je.Aku masak sambal ikan kerisi, haish cam dah lama je  tak makan ikan kerisi, kobis cina yang panjang aku goreng ngan fishball.Tekak aku tak berapa lalu nak makan nasi aku goreng bihun sikit , goreng simple  je aku goreng ngan  ikan bilis tumbuk , buh fish ball sikit.

Senang hati aku siap menumbuk lebih sikit  cili kering esok lusa senanglah  aku nak masak
Sambal ikan kerisi
 
kobis cina panjang goreng ngan fish ball-Aku tak tambah garam aku guna sos tiram je.


Bihun goreng - goreng 1/2 bungkus tak habis apatah lagi goreng sebungkus, ni goreng suku bungkus tak cukup plak sampaikan orang yang tak lalu makan nasi  hanya dapat makan dua tiga sudu.aku redho je.. Ada hikmahnya tu kita digalakkan memasak makanan secukupnya bagi mengelakkan  pembaziran  ye dak.


Sekadar luahan hati

Bercakap pasal orang dengki , iri hati sampai mati pun tak habis. Cakap-cakap orang di luar sana kebanyakannya cakap-cakap  yang banyak  bagi kita down atau mengondem  berbanding cakap-cakap  yang memberi semangat untuk kita terus berjuang untuk hidup katanya suami aku sebab tu dia kata lebih baik dia fikir cam mana nak senangkan mak dan anak bini tak pun melayan ikan yang berenang-renang kat dalam  laut dari melayan-layan orang cam ni . Mesti korang pernah jumpa orang cam ni kan? 24 jam nak mengondem kita.dialah baik, alim, tak pernah kutuk orang, kereta dialah yang paling best, semuanya dia the bestlah. Aku tak kisah pun asal kau tak kacau hidup aku udah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina