Monday, August 13, 2012

cerita pasal Biskut raya yang pertama & sedih & gembira

 Salam Ramadhan.................


Fuh , baru dapat bersiaran selepas dua hari ni bergelumangan ngan tepung  almaklumlah di  hujung-hujung  bulan  puasa ni  banyak benda yang nak dibereskan sebelum menjelangnya Aidilfitri tak lama lagi. Disaat badan aku yang tengah letih ni  tak banyak benda yang aku boleh cerita kat sini,  bukan apa bila badan  letih  minda pun turut terasa letih makanya bila minda letih  idea nak tulis entry pun kureng *alasan paling konkrit*

Okey aku mulakan cerita pada hari jumaat lepas ; Petang Jumaat tu yuyi aku amik aku ditempat keja , aku ajak di pegi  ke BS bakery  untuk membeli  beli barang buat biskut yang masing belum mencukupi. Tak sampai   30 minit aku ngan yuyi  kat sana sedar- sedar    jarum jam dah menunjukkan  hampir  7 malam,  apalagi  bergegas kitaorang pegi ke  pasar ramadhan kat  area berdekatan ngan kawasan rumah aku. Aku beli juadah yang biasa aku beli macam nasi tomato , rojak singapore (feveret yuyi)  dan roti john.
Yuyi ngan rojak singapore tak dapat dipisahkan tapi cian masa dia beli tu sotong goreng tepung  dah habis .kuciwa disitu.
roti john ni yuyi yang beli 
Melihat nasi yang berlaukkan sekeping  pajeri nenas ,berkuah lemak ni ,otamatik hati aku rasa hiba , insaf dan redho. Ekceli nasi ni kepunyaan seorang pakcik entah cam mana boleh bertukar ngan nasi aku yang  berlaukkan peria goreng ngan sambal ikan bilis . Kebetulan masa tu tekak aku teringin sangat nak makan peria goreng tapi nak buat cam mana dah tertukar  ngan nasi pakcik tu . Masa tu aku tak marah langsung malah dalam hati aku terbit rasa insaf , redho mana tau mungkin hari ni  rezeki pakcik tu nak  berbuka puasa ngan nasi yang aku beli, InsyaAllah.
 Biskut raya pertama aku untuk tahun ni pemberian dari kawan aku punya kawan  cum kawan suami teman tapi tak mesra(peningkan I dont like you) . Biskut ni buatan  Mama's Oven Home made recipe, nilah first time aku dengar dan makan biskut buatan  mama's oven.Rasa terbaek.
 Dalam sekelip mata je aku dah ada 4 botol biskut raya.
1)Italian Biscotti
2)sugee cashew-aku batalkan terus niat aku nak buat biskut ni sebab  dah dapat free
3)Wholemeal raisin
4)cranberries  oat meal
Bukti yang aku sibuk.la la la  sambil menunggu  tart nenas sedang dibakar   aku ambik kesempatan mencincang hazel nut dan memotong  kecil buah ceri.


Tahun ni aku tak meniaga  biskut raya, aku nak berehat sepenuhnya . Kalau aku  jual pun bersebab aku jual 10  botol  kat kawan yuyi, itu pun sebabnya  aku rasa kawan yuyi tu nak derma kat orang aku rasa lah jadi cam tak sedap plak nak tolak permintaan dia , lagi sebotol aku jual  kat  ratu kebaya itu pun sebab aku mengenangkan dia pregnant..  
Hazelnut ni  nanti aku ingatkan  nak campurkan  ke dalam chocolate chip aku.

Segala detail pasal biskut I will update you soon.*aku tengah bajet ramai orang tengah beratur mintak resepi biskut aku*.la la la la


Sekadar luahan hati 

Tiba-tiba je hari ni  aku rasa nak pitam perasaan meyampah meluat , loya  bergabung menjadi satu. Tak payahlah nak  hipokrit ngan aku ,adakah  kau ingat aku masih bersekolah tadika ? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina