Thursday, August 16, 2012

Iklan Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadhan.................................



Cik som ngan datin sabariah berbesan. Di antara cik Som ngan Datin Sabariah , aku lebih rapat ngan datin sabariah .3 hari lepas masa dalam kereta anak pompuan datin sabariah aku tanya Datin Sabriah perihal benjolan lembik yang berada tepat atas kepala aku

Aku : cuba datin pegang atas kepala saya ni ada benjolanlah , bila ditekan rasanya cam lembik

Datin (sambil menekan benjolan kat atas kepala aku : ni angin ni , kau kan suka sangat tarik rambut mungkin anginlah kot.ulang ayat yang sama 2 x

Aku : arghh ye ke datin kalau angin legalah sikit hati saya


Pagi tadi masa aku duk santai kat atas sofa hijau agak berlumut kepunyaan cik som sementara menunggu menantu cik som jemput aku ke tempat kerja tiba-tiba terjengul cik som di muka pintu, aku pun terus tanya cik som perihal benjolan kat atas kepala aku.

Aku : cik som ! cik som ada kenalan tak yang menghidapi benjolan lembik kat atas kepala cam saya ni(sambil aku mendekatkan kepala aku kat cik som.

cik som (sambil mencucuk benjolan atas kepala aku) : haishhh takutnya cik som

Aku : kenapa cik som, bahaya ke?

cik som : jom ikut cik som jumpa abang Ali perubatan rajawali bawak telur ngan daun sirih

Aku : arghhh kat mana tu , kenapa ngan kepala saya ni cik som

cik som : ko jangan main-main, kalau tak kanser mesti ada ketulan darah beku.

"matik cik som ni nak bagi aku down plak dekat-dekat nak raya ni," aku kata dalam hati.


Walaupun ada benjolan lembik kat atas kepala ini tak bermakna itu akan mematahkan semangat aku hendak menyambut Hari Raya bersama Keluarga tercinta.InsyaAllah lepas ni aku nak pegi cari langsir, beli barang-barang buat biskut ngan kek.

Sebelum aku mengundur diri aku


MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG CIK INA DO DO CHENG, SEMOGA KALIAN BERBAHAGIA MERAIKAN 1 SYAWAL BERSAMA KELUARGA TERSAYANG. MANAKALA RAKAN-RAKAN YANG AKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN ATAU PERGI BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG SEMOGA BERHATI-HATI DI JALANRAYA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina