Wednesday, August 8, 2012

kampung pening lalat


30-40 tahun dulu kawasan ni dipenuhi ngan hutan rimba  , dulu masa arwah ayah meneroka tempat ni, baru ada tak sampai 10 buah rumah papan dikawasan setinggan ni. Kalau tak silap aku arwah ayah berjaya mendirikan sebuah rumah  papan beratap rumbia dengan bantuan seorang kawan sekitar tahun 1977 Tak lama kemudian semakin banyak rumah  didirikan di kawasan setinggan ini sehinggalah tahun 1984   kawasan setinggan ni bertukar menjadi flat.  Bila difikirkan balik cam kelakar plak buat masa sekarang  cukai tanah flat ni menjadi isu yang  membabitkan pejabat tanah, MPK dan penghuni  flat katanya  pakcik cum  ketua kampung masa dia call aku hari tu. Aku dah malas  campur sukati kerajaaan  nak buat apa pun ngan flat ni . Sejak dah berumur  ni malas aku nak fikir perkara-perkara yang menghabiskan boreh . Kelakar masa aku pegi kutip duit sewa hari tu ada sorang bangkai yang berani nak mintak duit mantenance kat aku. Cantikkan flat ni siap ada mantenance bagai, tak boleh ke  duit cukai pintu yang dibayar setahun dua kali diperuntukkan sikit untuk mantenance flat ni ye dak.


Rutin aku setiap 6hb kutip duit sewa rumah sekangkang kera peninggalan arwah ayah aku ni. Kalau diikutkan hati aku yang benggang ni mau  je aku jual  rumah  ni  bila  mengenangkan pelbagai  keranah si penyewa rumah
.Tapi arghhh setiap kali aku berniat nak menjual rumah ni setiap kali tu lah  hati ni  teringat akan  pesanan  arwah mak ; jangan jual rumah ni  rumah ni  banyak meninggalkan kenangan suka duka keluh kesah hidup keluarga kita .Benda -benda cam gini terlalu awal kalau nak cakap pun mana tau esok lusa  aku   fed up  sangat ngan  si penyewa  mau aku jual je.Wallahualam bisawab.

Petang  yang aku nak ambik duit sewa  tu kemarahan aku dah sampai ke kemuncaknya  bila  pertanyaan aku "bila boleh bayar? dan kenapa tak boleh  bayar mengikut tarikh yang ditetapkan?" mengunakan intonasi suara yang paling perlahan " tapi dibalas ngan jawapan kurang wajar diselangi ngan jeritan pontianak harum sundal malam  bagi menyatakan rasa tak puas hati ngan pertanyaan aku, haishh pantang atuk nenek aku yang dalam kubur orang yang menjerit-jerit bila bercakap seolah -olah nak bagitau seluruh penghuni flat ada berlakunya perang teluk disini.. .

Disaat keadaan tegang diantara aku dan si penyewa mujurlah suami dia segera memunculkan diri untuk cuba meredakan keadaan yang semakin tegang antara kami berdua haishh melepas aku  kalau suami dia lambat  sikit tadi mau je aku picit  dua biji papaya  dia yang bersize G tu. Bukan susah nak memicit  pompuan tengah  berkemban ni......... silap haribulan  keesokan harinya  kat muka depan kosmo terpampang "Nafsu syaitan, tuan rumah melakukan gangguan s*****l terhadap penyewa rumah ".

Bila aku teringat  peristiwa  semalam aku bantai  tergelak sorang-sorang, mau tak kelakar bila nengok suami penyewa  menyuruh isterinya menutup mulut. Baru aku tau betapa susahnya berurusan ngan pompuan yang  hilang akal cam tu. Saper tak geram bertambah aku geram bila yang buat perangai sempudal tu adalah  bangsa asing , *nampak disitu mereka  ada sedikit keberanian dan berlemak sana sini*. Pak kal lah arwah ayah aku yang sewakan rumah ni kat dia kalau tidak dah lama aku suruh dia cari rumah sewa lain.

Kalau boleh aku tak moh suami aku campur tangan dalam hal kecik cam gini, aku tahulah dia orangnya cam mana tapi  demi menghormati suami , aku kena bagitau dia   peristiwa pertengkaran antara aku ngan penyewa tu . Hampir  90 % aku dah boleh agak jawapan  suami , dia  bagi tempoh 3 bulan pada penyewa tu  untuk mengosongkan rumah . tu kira suami aku dah cukup baiklah  tu, kasi  duk 3 bulan  free saper tak nak ye dak, lepas ni pandai-pandailah dia survey  rumah sewa  lain. Paling kelakar boleh plak masa  menjerit -jerit  tu sipenyewa tu  kata aku tak berperikemanusian lagi satu  dia cakap, ada tuan rumah yang tak bising  pun  sekiranya  penyewa tak bayar sewa rumah sebulan.  aku syorkan  dia cari  je  rumah sewa seperti  yang dia cakap tu.


bersambung.............




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina