Wednesday, August 15, 2012

Kunyit hidup pembuka selera-sotong goreng kunyit hidup

Salam Ramadhan.....................

Semakin menghampiri penghujung bulan puasa  semakin  berkurangan idea aku nak memasak. Dah tak de idea sangatlah ni maka terhasilnya sotong goreng kunyit hidup. Layan jangan tak layan ye. Nanti korang bolehlah  cuba memasak sotong goreng kunyit hidup ni untuk juadah berbuka atau bersahur  mana tau boleh membuka selera makan anak-anak dan suami korang.

Sotong dalam 1/2 kilo
1)1 inchi kunyit hidup-ditumbuk halus
2)1 inchi halia-dihiris bulat-bulat
3)4 ulas bawang putih
4)5 biji cili merah-dibelah dua
5)1 labu bawang holand-dihiris nipis

Sedikit garam , sesudu besar sos tiram dan 1/2 sudu kecil gula

Cara-cara membuatnya mudah je.

1)Tumis bahan 2,3 dan 5  hingga naik bau dan layu.
2)Tumis bahan 1 dan 4
3)Masukkan sotong yang sudah dibersehkan-guna api sederhana
4)Bila sotong dah agak empuk, masukkan sos tiram diikuti ngan garam dan gula.
5)Kaup balik sekejap , bolehlah diangkat.Sotong akan menjadi liat jika dimasak  terlalu lama .
Jeng jeng sotong goreng kunyit hidup-pembukalah selera sangat


Sekadar luahan hati 

Yeah yeah dah tak sabar nak bercuti.Bila check Nuffnang aku nak dapat ni? Harap-harap dapatlah sebelum aku pergi bercuti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina