Thursday, August 30, 2012

Layanan first class

 Pokok mangga aku yang sentiasa menjadi kontroversi -ciankan

Malam tadi masa aku tengah leka mengentel crust cheese tart kat dapur, Firdaus datang meluru ke arah aku dia bagitau ada  sorang lelaki  nak jumpa aku.Spesis aku ni bila tangan dah berselumuih ngan tepung  jangan harap sangat aku nak segera berganjak  dari tempat duduk.Masuk kali kedua Firdaus panggil aku barulah aku nak terhegeh-hegel kemaskan ikatan kain batik dan baju aku. La ingatkan saper yang nak jumpa aku ,  rupanya lelaki  yang selama ni aku ngan suami gelar mamak yang mengidam nak jadi ketua kampung  kat kawasan taman aku.ha ha ha Cukup tak berkenan aku ngan laki sorang ni , kuang ajarkan suami aku tengah tidur dia boleh sesuka  hati suruh Firdaus panggil aku.Aku ngan tangan berselumuih

Aku : ada apa hal?

mamak : kak depan rumah akak ni ada khemah orang kahwin nanti budak -budak ramai, takut la mana tahu dorang petik buah mangga akak yang besar kat hujung tu.

Aku : "bangsatnya kau ni buah mangga tu penting sangat ke sampai kau nak panggil aku,"aku kata dalam hati. Adik pompuan pengasuh Firdaus yang kahwin apasal La simamak ni yang kepochi, "aku kata lagi dalam hati. Laaaaaaaaaaaa itu je ke, biarlah pi saper nak petik  buah mangga  saya tak kisah pun. Selama ni  bukan saya yang kasi perhabis mangga tu.

mamak : terdiam

Kalau dia sambung lagi perbualan  mau aku kejutkan suami aku yang tengah tidur aku bagi suami aku plak layan dia puas-puas.

Pertanyaan simamak tu seolah-olah  merendahkan martabat aku sebagai manusia yang telah  dikurniakan oleh Allah SWT sifat Mahmudah (InsyaAllah) salah satunya Redho dan ikhlas.Tak kan lah pasal sebiji mangga aku nak marah budak-budak  akai tak de ke? bila sorang budak lelaki kesayangan mak bapak  duk menghentam  pasu bunga aku ngan bola sampai pecah kau  tak nak marah budak tu plak mamak mamak suka provoke.lemaslah ngan mamak sorang ni.

Kadang-kadang aku sedikit pelik ngan manusia sebegini ; family dia tak boleh disentuh , anak -anak dia  tak boleh kena tegur, anak-anak dia semuanya baik, anak-anak orang lain jahat belaka , harta benda dia  tak boleh terusik sikit, apa yang menghairankan aku kenapa dia nak menyamakan keluarga aku ngan keluarga dia  jujur aku katakan jauh panggang dari api.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina