Thursday, August 2, 2012

makan telur dadar sakit kepala ; auta atau fakta ?

 Sila betulkan kepala anda...........



Salam Ramadhan..........

Semenjak dua menjak ni setiap kali balik dari rumah pengasuh  Firdaus sering mengadu kat  aku kepala dia sakit.ooo patutlah aku perasan sampai rumah je  dia terus landing kepala atas bantal.Maka petang semalam aku ngan suami berkongsi duit  untuk membelikan  Firdaus ayam KFC  saje bagi dia syok.. Kami golongan marhaen sentiasa mengamalkan konsep ringan sama dijinjing berat sama dipikul, ialah tu.


Sorang nak membayar RM47 meniarap. Aku sendiri pun pelik ngan diri aku sendiri macam manalah aku  boleh beli  5 ketul ayam berperasa baru ngan 4 ketul ayam OR semua sekali  9 ketul ayam , 4 ketul egg tart, large chezy wedges dan large coleslow sedangkan kat rumah aku ni  3 orang je . Tamak disitu 3 orang makan aku boleh beli sampai banyak cam tu,nasib baiklah yuyi jauh kalau tidak mau aku loyongkan separuh kat dia.Sila percaya aku hanya makan seketul je sebabnya aku tak berminat sangat ngan  kedua-dua  jenis ayam KFC  yang aku beli tu kalau egg tart aku laju.

Seronok aku tengok gelagat Firdaus makan ayam KFC, muka dia sentiasa ceria.Dia ajarkan aku cam mana nak makan ayam KFC ngan coleslow , ada -ada jelah Firdaus ni.*baca boleh percaya pun boleh*selepas berjaya membuktikan kesedapan ayam  KFC OR sedap dimakan bersama coleslow , dia terus tak moh sos cili.

Tak lengkap rasanya sambil makan-makan tak menyembang

Aku : kenapa firdaus asyik pening kepala je lepas balik dari rumah mama

Firdaus : firdaus dah cakap ngan mama firdaus tak boleh makan nasi ngan telur

Aku : apasal plak tak boleh makan nasi ngan telur. bukan firdaus suka makan telur ke?

Firdaus : tak boleh firdaus pening kepala  makan telur

Aku : mama goreng telur mata kerbau ke?

Firdaus : telur dadar . arghh sebab tu firdaus pening kepala

Aku : makan ayam goreng , firdaus pening kepala tak?

Firdaus : tak , ayam ni firdaus tak pening kepala(sambil tunjuk ayam KFC)






Kadang-kadang kita kena fikir 10 kali  sebelum mempercayai bulat-bulat akan cakap-cakap budak tak cukup umur   ni : )


"Firdaus! Firdaus! suka pusing jauh, apasalahnya bagitau kat mak yang  kalau boleh setiap hari Firdaus nak makan ayam KFC."aku kata dalam hati.

Tauke jual baalifbaya pun jual kandang kalau dah setiap hari kena beli ayam KFC.


Cerita ni akan bersambung nanti InsyaAllah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina