Wednesday, August 8, 2012

Rojak Singapore special


 Rojak singapore

Salam Ramadhan............



Rojak singapore adalah salah satu makanan kesukaan yuyi. Setiap kali
pegi pasar ramadhan dia tak ketinggalan membeli rojak singapore.
Banyak -banyak bahan dalam rojak singapore, sotong size L goreng dan
cucur udang yang paling dia suka.Walaupun harga sekor sotong mencecah
RM10 ini tidak pernah mematahkan semangat yuyi untuk merasa dan
membeli rojak singapore

Entah macam mana suatu hari tu di pasar ramadhan kat gerai menjual
rojak singapore tak de sotong , penjual rojak tu kata dia tak jual
sotong sebab mahal tak de orang yang nak beli. Nampaklah masa tu muka
yuyi frust sangat sebab tak dapat sotong size L goreng. Oleh kerana
sotong size L goreng tak de disitu aku tunjukkan kat dia udang size
L goreng, rega pun secucuk RM2 ada 3-4 ekor udang lagi. Serta merta
terpancar diwajah yuyi gembira bukan kepalang laju je tangan dia
menyambar udang tersebut lalu dimasukkan ke dalam bakul bersama
bahan-bahan yang lain

Masa yuyi nak menyuap udang(penganti sotong size L goreng) dan cucur
udang ke mulut bersama ngan kuah rojak singapore spontan yuyi
menjerit arghhhh tidakkkkkkkkkkdan mak !!udang tiruan."mana mak tau
nampak macam udang betul." Aku dan yuyi saling berpandangan sesama
sendiri.Yuyi kata bebola isi ketam ni dia boleh cam lagi tapi yang
bebola udang ni agak sukar nak dicam antara udang real ngan bebola.








Sekadar luahan hati

haish macam-macamlah sendiri kutuk orang sendiri angin satu badan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina