Wednesday, September 19, 2012

Hari Isnin aku ; Ayam bakar berempah bermadu sedap dan senang nak dibuat

Anak datuk Rahim tu ingat blog di je ke boleh cipta resepi panjang berjela?  Perbuatannya yang suka melemparkan segengam biji sawi atau cili secara pukal ke dalam masakan amatlah mengjengkelkan hati wa. Jangan lu cuba nak mengaku yang wa  lu punya sifu  dalam  masakan Antarabangsa terutama Malaysia . kan wa dah banyak kali  ajar kalau mahu lempar  pun biarlah lempar yang berilmiah  lemparlah  secara  cubit atau tahil. syyy walaupun lu melempar  biji sawi secara pukal ke dalam kacang kuda  lu  ia tidak sedikit pun menjejaskan kesedapannya malah makin bertambah sedap  tapi wa  ada sedikit pelik kenapa bila wa ngan kawan wa makan lu punya kacang kuda,  kitaorang   masing -masing  ingat  laki kat rumah.the moral of the story "jangan main-main ngan biji sawi"

Berbalik pada cerita Ayam bakar berempah bermadu sedap dan senang  nak dibuat ; Aku ucapkan berbanyak-banyak  terima kasih kepada  sesiapa yang sudi menjadikan blog aku ni sebagai  teman rujukan ketika memasak  cuma aku nak bagitau yang aku ni tidaklah  mahir sangat  dalam bidang masakan dan untuk pengetahuan korang aku tidak pernah menghadiri sebarang kursus-kursus masakan  didalam negara apatah lagi luar negara . Jadi sila redho ye sekiranya resepi aku ni tak menepati citarasa tekak korang .

Aku buat ayam bakar berempah bermadu ni pun aku main bantai dan lempar .Tapi korang janganlah risau, bantai dan lempar aku kebanyakannya secara  berilmiah, InsyaAllah.

Bumbu untuk memerap ayam

bantai dan lempar secara berilmiah bermaksud ;  bahan-bahan kisar untuk bumbu perapan  3 ketul ayam  kita digalak mengunakan hanya

1)3 biji bawang merah
2)3 ulas bawang putih
3) 1/2 sudu besar ketumbar biji
4)sedikit jintan manis dan putih
5)seketul lengkuas yang kecil atau comel je
6)1 cm halia
7)3 batang serai
8) seconit kunyit hidup

semua bahan-bahan dikisar kering

bahan tambahan

1) dua sudu besar madu
2)sedikit garam
3)secubit kecil serbuk perasa

lu orang guna lebih bahan-bahan kisar  lu orang sendiri tanggung akibatnya

Ayam dilumur  ngan sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa kemudian  dilumurkan pula  dengan  bumbu perapan diikuti ngan dua sudu besar madu. lumur sekata dan perap selama 30 minit atau semalaman .Sebelum bakar atau grill letakkan sedikit butter kat atas ayam tu.
Pengalaman pertama  aku membakar/mengrill ayam mengunakan chefel , bakar /grill sampai garing boleh gitu 
Tak payahlah nak pandang lama-lama ayam bakar berempah bermadu aku tu nanti korang sendiri yang meleleh
sos cili buatan sendiri

Bahan-bahan untuk sos cili

1)6 biji cili besar atau 15 cili kering
2)3 ulas bawang putih
3)1/2 inci halia

kisar semua bahan

Masakkan bahan kisar dalam kuali atau periuk, campurkan sedikit air, biar agak mendidih, guna api sederhana.Untuk rasa masam masukkan sedikit cuka atau sesudu besar cili sos . Akhir sekali masukkan gula, sedikit garam ngan secubit serbuk perasa. Pekat kan sos cili ngan 1 sudu kecil bancuhan tepung ubi atau tepung jagung.

Kalau suka boleh guna sos pencicah kat sini

Aku suka guna bawang putih ni
Rumah aku wajib ada sayur terutama kailan goreng
Firdaus punya 
Cadangan menghidang-jangan ikut sangat skil menghidang wa  lu orang  boleh muntah


Kisah Benar

Seorang  perempuan bertanya kepada seorang ustaz

Perempuan : Berdosa ke kita  mendoakan  motor seseorang yang telah menyakitkan hati kita tu  hilang

Ustaz : terdiam

Perempuan : ustaz, ustaz, ustaz

Nak dijadikan cerita  sejurus selepas mendengar soalan perempuan tu  ustaz  tadi menghembuskan nafas terakhir  .ciankan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina