Monday, September 17, 2012

Hari minggu aku ; hati aku masih dalam mood sedih

Serius, aku  tak de mood bila mengenangkan entry yang aku dah publish terdelete. Lenkali aku kena lebih berhati-hati dalam kes  macam ni. Haish aku takut  sakitnya makan dalam . Blog ni dah macam separuh dari jiwa aku tapi bila  berlaku kes macam ni kat aku  memang  aku rasa  down sangat. Aku perlu mengumpul kekuatan  sekarang ni untuk cuba menaip semula  entry  yang  dah terdelete tu . Ada kemungkinan besar malam ni aku akan taip entry tu semula InsyaAllah.

Aku insan biasa , aku  lalui kehidupan seperti biasa .Dah menjadi rutin untuk aku memasak,membasuh kain dan melayan anak-anak  dan suami.Kalau bab kemas rumah memang tak delah nampaknya.Entah kenapa dari dulu sampai sekarang aku memang lemah sikit bila bab kemas rumah ni , setakat sapu sampah tu okeylah.

Hari minggu aku ;  bangun pagi basuh kain lepas tu buat sarapan jemput ikan bilis ngan bawang manakala untuk juadah makan tengahari plak aku masak tomyam ayam , kangkung goreng belacan  dan goreng ikan masin

Rumah aku ni tak jalan sangat  jemput -jemput  cicah ngan sos cili sebab tu setiap kali goreng jemput-jemput aku akan buat sos cili sendiri. Cili kering aku kisar ngan bawang putih, kemudian cili kisar masakkan ngan air , gula , garam ngan secubit serbuk perasa.Biar sos cili agak mendidih pekatkan dengan  bancuhan air tepung jagung sebelum sos cili diangkat.
Kalau nak mendapatkan jemput -jemput bawang besar dan ikan bilis  yang lembut dan ranggup jangan lupa  masukkan sedikit baking powder serta sebiji telur kedalam bancuhan jemput-jemput dan  bancuhan jemput-jemput tadi hendaklah dibancuh dengan air suam.
Jemput-jemput bawang besar dan ikan bilis sedap dimakan bersama sos cili atau kuah kacang
Jemput makan , bukan hari ni tau tapi semalam.

Semenjak ada chefel semuanya chefel , chefel memang memudahkan kerja memasak aku

Kangkung goreng belacan ; aku kisar kering sedikit cili api ngan sedikit belacan dan untuk bahan tumisan aku hiris sebelah bawang holand.Tumis hirisan bawang sampai naik bau kemudian masukkan cili api yang dikisar ngan belacan.Bila semua bahan tumisan dan pecah minyak masukkan kangkung yang dah dibasuh dan dituskan.Kaup balik sekejap supaya kangkung bergaul ngan bahan tumisan. Masukkan sedikit garan dan secubit kecil serbuk perasa , kaup balik kemudian bolehlah diangkat.

Macam ni pun aku boleh.Layan jelah ye,  bahan tumisan untuk tomyam aku tumis dalam chefel bila bahan tumisan dan ayam agak kecut  aku pindahkannya plak  ke dalam periuk.
Biasanya  bila masak tomyam aku suka tumis dulu bahan tumisan macam hirisan bawang holand, daun limau purut, halia dan tomato bila bahan tumisan dah layu dan naik bau baru aku masukkan paste tomyam ngan ayam aku biar ayam agak kecut. Cara -cara memasak tomyam selanjutnya tak kan ye korang tak tak tahu : )
 
Kalau tak de paste adabi aku guna paste yang di atas ni

Tomyam ayam aku
Susah sangat aku nak biasakan Firdaus makan guna tangan. Dia tak canggung makan  mengunakan  sudu dan  garpu tapi bila guna tangan nampak sangat canggung. Dia ni banyak mengikut popo . Lepas ni aku kena kerap suruh dia makan guna tangan.

Semua orang  dalam rumah aku ni kebanyakannya  suka makan tomyam ngan nasi terutama aku setiap hari makan tomyam pun tak pe : )


Okeylah  cukup sampai disini dulu InsyaAllah nanti kita jumpa lagi ye..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina